#QuranHour, Terus Cetus Fenomena Positif

Assalamualaikum warahmatullah dan salam ramadhan.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, kita dapat bersama-sama lagi dalam bulan Ramadhan pada tahun ini. Masa begitu pantas berlalu sehingga kedatangan Ramadhan hampir tidak di rasai.

Namun, masih belum terlambat untuk kita letakkan target dan perancangan untuk menjadikan Ramadhan pada tahun ini adalah yang terbaik kerana kita belum pasti sama ada kita akan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Jom support #QuranHour

Jom support #QuranHour

Pada 25 Mei 2017, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) yang menjalankan inisiatif Baca, Faham, Amal dan berinteraksi dengan al-Quran melalui #AktifkanRumahNgaji, Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour hari ini bersinergi dengan selebriti, media social influencer dan para blogger seluruh Malaysia.

Tujuannya adalah untuk sama-sama menyokong inisiatif “Sejam Bersama Al-Quran”, Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung di Malaysia dan bersama rakyat Malaysia di luar Negara pada 24 Ramadhan 1438H, berkemungkinan bersamaan hari isnin, 19 Jun 2017, pada jam 12 tengahari sehingga 1 petang.

Jom support #QuranHour

Jom support #QuranHour

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, yang bernaung di bawah Kumpulan Media Karangkraf menjalankan upaya untuk menjadikan Al-Quran Manual Kehidupan melalui 3 inisiatif semenjak tahun 2013 iaitu: membuka lebih 1400 buah Rumah Ngaji sebagai pusat pengajian percuma bagi meningkatkan cinta dan celik Al-Quran, melaksanakan kempen #QuranHour dan mewujudkan jalinan Sahabat Quran di seluruh Malaysia dan dunia.

Jom support #QuranHour

Matlamat kempen Al-Quran 2016 telah dikembangkan ke 50 buah Negara di dunia melalui World #QuranHour, adalah untuk berinteraksi dengan Al-Quran melalui kaedah Baca, Faham dan Amalkan Al-Quran sehingga nilai-nilai yang ada di dalam Al-Quran tersebut di hidupkan di dalam diri melalui kerangka fikir dan cara hidup ber-Quran sehingga lahir rakyat yang menghidupkan Al-Quran Satu Jam Satu hari, 365 hari setahun melalui komitmen My #QuranHour.

Jom support #QuranHour

Malaysia #QuranHour pada tahun ini akan di adakan mengikut ketetapan berikut:

Program: Malaysia #QuranHour

Tema: “Bangsa Berbudi & Penyayang (A Nation of Compassion)”

Tarikh: 24 Ramadhan 1438H In Sha Allah bersamaan Isnin, 19 Jun 2017

Waktu: 12.00 tengahari hingga 1 petang

Tempat: Ruang Solat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Jom sama-sama kita sokong program sangat bermanfaat untuk seluruh umat islam ini. Sebarkan kepada semua. In Sha Allah.

Semoga terus bermanfaat ♡

3 Comments

  1. Ananda May 26, 2017
  2. Anuar May 30, 2017
  3. Khairul Zamri July 26, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge