Cara mudah untuk naik atau tempah GrabCar

Assalamualaikum warahmatullah dan salam bahagia.

Hari ini penulis ingin berkongsi berkenaan dengan Grab car. Pasti ada antara kalian yang pernah naik Grab car atau Uber kan?

Penulis sendiri pernah naik kedua-duanya. Tujuan penulis menulis artikel ini kerana pada minggu lepas, ketika keluar bersama sahabat, penulis ada tempah Crab car. Tiba-tiba sahabat penulis bertanya,

Grab Car tue apa?

Setelah di terangkan, soalan lagi pula di utarakannya.

Tapi, macam mana nak tempah Grab Car? Boleh tak tolong ajarkan?

Penulis pun ajarkan kepadanya. Jadi hari ini, penulis ingin berkongsi juga dengan kalian semua. Mungkin masih ramai yang belum tahu caranya. Caranya sangat mudah dan cepat.

1. Pastikan anda mempunyai handphone atau tablet atau apa-apa yang boleh di link dengan playstore atau appstore. Pastikan juga internet telefon anda stabil supaya boleh download aplikasi Grab car ini. Jika semuanya okay, anda boleh terus ke playstore/appstore. Taip Grab. Anda boleh terus download jika menjumpainya.

Grab Car

Setelah berjaya install, anda boleh terus buka aplikasi ini seperti yang telah di highlight kan di dalam gambar ini.

2. Setelah buka, jika keluar promosi begini, anda hanya perlu tekan ‘OK’. Sila pastikan anda on GPS telefon anda untuk GrabCar mengesan lokasi anda dan lokasi yang anda ingin pergi.

Grab Car

GrabCar sentiasa membuat promosi untuk semua penumpang. Terdapat pelbagai bentuk promosi yang anda boleh nikmati.

3. Bila anda berjaya ‘open’ , anda akan mendapat paparan seperti berikut. Di dalam kotak merah itu, adalah perkara yang perlu anda isi.

‘PICK-UP’ bermaksud anda ingin driver ambil anda di mana. Contohnya anda berada di Restoran Mak Uda, dan ingin driver ambil anda di sana.

DROP-OFF pula bermaksud, anda ingin driver hantarkan anda ke mana. Contohnya anda ingin ke Brunsfield Review Apartment. Jadi, driver akan hantar anda ke Brunsfield.

Grab Car

Sila perhatikan perkara yang berada di dalam kotak merah ini. Ini adalah perkara yang paling penting.

4. Setelah anda isi, sila check harga yang diberikan di bahagian bawah. Harga yang diberikan adalah tetap. Anda tidak boleh tawar menawar harga yang telah di tetapkan. Driver juga tidak boleh mengenakan harga yang lebih tinggi daripada harga yang telah di tetapkan.

Selain Grabcar, terdapat juga beberapa pilihan yang lain. Contohnya seperti Grab Taxi, GrabBeauty, GrabHitch, GrabCar+(Premium), GrabTaxi(Executive) dan GrabTaxi(Fixed Fare). Harus di ingatkan, harga bagi setiap pilihan yang diberikan ini adalah berbeza. Kebiasaannya, hanya GrabCar yang menjadi pilihan. Sudah cukup murah dan selesa untuk di naiki.

Grab Car

GrabCar paling murah.

GrabCar

GrabCar+(Premium) lagi mahal walaupun tempat yang sama .

5. Jika telah berjaya di isi, silakan tekan button ‘BOOK’ yang berada di dalam kotak bulat berwarna hijau. Setelah anda tekan, anda akan mendapat paparan seperti berikut.

Grab Car

Anda boleh ‘check’ kembali lokasi dan harga. Bayaran adalah secara cash sahaja.

6. Biarkan seketika sehingga keluar paparan seperti berikut.

Grab Car

Tengah loading mencari driver yang menghampiran dengan anda.

7. Anda tidak perlu risau kerana GrabCar akan bantu anda mencari driver sehingga jumpa.

Grab Car

Anda boleh melihat paparan nama yang keluar. Tunggu seketika.

8. Setelah menjumpai driver yang akan ambil anda, anda akan mendapat paparan seperti yang berikut. Anda boleh melihat nama, jenis kereta, num.plat kereta dan gambar pemandu. Dari segi keselamatan, memang akan selamat kerana segala butiran serta gambar pemandu kita dapat lihat. In Sha Allah.

Ini hanya sekadar contoh sahaja.

9. Anda boleh lihat segala butiran dengan jelas.

Grab Car

10. Anda boleh lihat masa yang di ambil oleh driver untuk sampai ke tempat anda.

GrabCar

11. Anda juga boleh menghantar mesej kepada driver jika perlu.

Grab Car

12. Setelah berjaya, anda hanya perlu tunggu sehingga driver sampai dan hantar anda ke tempat yang ingin anda tuju. Bila dah selamat sampai, anda boleh berikan bintang kepada driver yang hantar anda berdasarkan penilaian anda sendiri.

GrabCar

GrabCar

13. Anda juga akan menerima resit bagi setiap tempahan GrabCar. Segala details dan jumlah bayaran di sediakan. Resit akan di hantar melalui email bila anda telah selamat sampai ke destinasi.

GrabCar

15. Β Sekiranya, anda ingin cancel, anda boleh tekan button cancel dan berikan alasan anda. Anda perlu cancel sebelum driver sampai ke tempat anda. Jika tidak, kesianlah pada driver yang susah payah datang untuk ambil anda walaupun di bayar.

Grab Car

Inilah cara untuk naik atau tempah GrabCar. Mudah kan? Penulis doakan semoga anda berjaya naik grabcar. Jangan lupa baca doa naik kenderaan.

In Sha Allah, selepas ini penulis akan buat tutorial untuk Uber pula. Stay tuned!

Semoga terus bermanfaat β™‘

18 Comments

  1. Sakinah Hamid January 9, 2017
    • AlMiyaz January 10, 2017
  2. yuskhalilie84 January 15, 2017
    • AlMiyaz January 16, 2017
  3. Yana July 24, 2017
    • AlMiyaz September 12, 2017
  4. Nik Shakir August 11, 2017
    • AlMiyaz September 12, 2017
  5. NURSAADAH ROSLAN September 2, 2017
    • AlMiyaz September 12, 2017
  6. Bina September 9, 2017
    • AlMiyaz September 12, 2017
  7. ayie resh September 16, 2017
    • AlMiyaz November 14, 2017
  8. emy fiza September 18, 2017
    • AlMiyaz November 14, 2017
  9. Eka September 23, 2017
    • AlMiyaz November 14, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge