WordPress for Business 2017

Assalamualaikum warahmatullah dan salam bahagia.

Hari ini penulis ingin kongsikan tentang pengalaman penulis sendiri menyertai kelas ‘wordpress for business’ yang di adakan di Shah Alam, Selangor.

Wordpress for business

Saya sebenarnya sangat meminati blog atau apa sahaja seangkatan dengannya. Mula belajar buat blog sendiri pada tahun 2012. Banyak hentam sendiri. Tengok tutorial di google dan banyak bertanya pada blogger-blogger di facebook. Masa tue, wordpress ni memang zero terus. Memang tak tahu apa-apa langsung. Saya cuba juga untuk belajar melalui tutorial, tetapi selalu gagal sehingga hampir give up.

Pada tahun 2105, semasa saya praktikal saya nekad beli CD tutorial untuk buat website menggunakan platform wordpress. Alhamdulillah, saya mula belajar sedikit demi sedikit membuat website dan kedai online.

Tetapi apa yang di ajar tidak mencukupi kerana bukan sepenuhnya ditunjukkan untuk buat website yang bagus. Hanya asas sahaja.

Suatu hari ditakdirkan Allah, saya ternampak poster tentang kelas wordpress. Hati terus memberontak nak pergi. Nak sangat belajar melalui sifu secara berdepan kerana manfaat nya sangat berbeza dengan kita belajar sendiri melalui online.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, berjaya juga hadir. Memang sangat excited. Pertama kali berjumpa dengan Sifu Eizil. Sebelum ini hanya follow beliau melalui facebook sahaja.

Selama dua hari kelas secara praktikal, banyak sangat ilmu yang di perolehi. Rasa seperti tak pernah belajar pun sebelum ni. Di dalam kelas tersebut, kita akan di ajar bermula dari kosong sehingga anda akan tahu buat blog sendiri. Kita juga akan di ajar cara menulis artikel yang betul dan bagaimana untuk buat bisnes melalui blog/website.

Wordpress for business

Anda juga akan di ajar kelebihan menggunakan wordpress.

Menarik lagi tentang kelas ini ialah selepas dua hari, anda masih boleh berjumpa dengan sifu jika masih tidak faham kerana group support yang di sediakan selama setahun.

Kepada mereka yang sememangnya mempunyai bisnes, inilah peluang anda untuk meningkatkan bisnes anda. Setiap hari, berjuta manusia menggunakan google untuk mencari produk-produk yang dapatkan menyelesaikan masalah mereka.

Jika sekiranya anda membuat blog/website, itu adalah satu bonus buat anda untuk meningkatkan lagi jumlah pelanggan anda.

Kelas terdekat akan di adakan pada 7 dan 8 Januari 2017. Rebutlah peluang ini sebelum terlambat. Maklumat lanjut, anda boleh terus layari Akademik Denaihati atau nak tahu lebih lanjut, boleh call saya terus di 014 523 4094. Saya sedia membantu. In Sha Allah.

Moga terus bermanfaat ♡

Leave a Reply

CommentLuv badge