Welcome 2015!

Assalamualaikum warahmatullah 🙂


SubhanaAllah! Alhamdulillah! Allahhuakbar!

Masa semakin pantas berlalu tanpa menunggu manusia yang terus dihanyut oleh mimpi dunia yang indah! Dunia semakin sampai penghujungnya!Allahhuakbar!

2015!


Terlalu banyak matlamat, impian dan cita-cita menanti! 

Semoga Allah permudahkan segalanya. 


Akan ku terus berjalan walau terpaksa memijak duri yang tajam dan pedih! 

Kerana, 
Syurga itu tersangat Indah! 🙂
===========================================
TintaHati


Aku bercakap atau menulis peringatan dan hal agama bukan kerana aku tidak berdosa. 

Bukan kerana mahu menunjuk aku baik saja.

Bukan kerana aku mahu semua orang suka.


Tapi kerna aku pendosa. 

Aku tidak mahu kau melakukan dosa seperti aku, 

Aku tidak mahu kau terus hanyut seperti aku yang dulu,

Maka aku menulis yang baik untuk tidak menambah lagi dosa yang tersedia.

Maka aku menulis untuk ingatkan aku sama.

Aku Manusia.

Aku tak perlu pujian manusia yang hanya sebentar cuma. Waktu punya musabab untuk setia.

Dan aku juga suka peringatan yang disampai-sampaikan.

Dan aku menulis kerana aku suka..

Leave a Reply

CommentLuv badge