Tiada ujian hidup yang sia-sia!

Assalamualaikum warahmatullah dan salam jumaat.

Selamat malam sahabat sekalian. Apa khabar jiwa dan hati kalian hari ini dan saat ini? Adakah semakin tenat atau semakin bersinar dan bersih?

Sejak akhir-akhir ini, fikiran ini banyak berfikir tentang banyak perkara. Ada beberapa masalah yang berlaku yang membuatkan diri ini terduduk seketika.

Bukan mudah untuk pujuk hati, tetapi kita tetap harus lakukan untuk terus melangkah. Saat kalian rasa lemah, fikirlah Allah sayangkan kita semua.

Tiada ujian yang sia-sia melainkan untuk mengangkat darjat kita dan Allah nak kita lebih dekat denganNYA.

Semalam, ketika nak tuangkan air panas yang baru sahaja menggelegak, tiba-tiba air panas tersebut terkena tangan. Allahu! Hanya Allah sahaja yang tahu betapa pedihnya tangan saat itu. Ketika itu, terus basuh tangan dengan air paip, letak kicap, letak ubat gigi dan letak losyen tanpa henti.

Bila kering, letak lagi. Jari dah merah macam udang rebus. Pedihnya tak mampu di tafsirkan dengan kata-kata. Sangat pedih. Ini baru sahaja Allah uji dan berikan sedikit kafarah di dunia. Bagaimana nanti seksaan di alam kubur dan akhirat?

Syukur Alhamdulillah! Keesokkan hari, sewaktu bangun dari tidur, jari yang terkena air panas semalam pulih seperti tidak pernah kena air panas. Tiada kesan apa-apa langsung seperti kelembung ataupun parut. Allahhu! Hebatnya kuasa Allah. Hanya Allah yang mampu menyembuhkan luka yang terjadi.

Begitu jugalah luka di hati. Hanya Allah yang boleh menyembuhkannya. Jangan mengharap pada manusia. Sungguh! satu saat, pasti hati tue akan rasa sakit dan kecewa.

Senyum selalu

Stay strong! Senyum selalu. Kebahagiaan pasti akan menjadi milikmu.

Mengharaplah hanya pada Allah! Hanya Allah. In Sha Allah, kebahagiaan dan sinar itu pastu akan hadir.Yakinlah! Jangan pernah berputus asa dalam memohon pertolongan denganNYA.

“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” (Al-Mulk, ayat 2)

Ada seorang sahabat pernah bertanya kepada diri ini,

Kenapa suka sangat menulis tentang perkara-perkara yang beremosi, sedih dan macam nak bagi motivasi je. Tak takut nanti orang kata?

Diri ini hanya tersenyum. Jika hanya kata-kata manusia yang di pandang, mungkin saat ini, jari ini masih belum mampu untuk menaip nukilan ini.

Tulisan ini lahir dari hati yang penuh dengan dosa dan kekhilafan. Memang cita-cita dari dulu sampai sekarang masih belum berubah untuk menjadi seorang motivator dan membina sebuah consultant sendiri. Hajat doa kalian selalu.

Semoga setiap apa yang di tulis ini akan terus bermanfaat buat kalian semua.

Semoga terus bermanfaat ♡

No Responses

Leave a Reply

CommentLuv badge