Terkini: Cara tempah Uber dengan mudah dan pantas

Assalamualaikum warahmatullah dan salam bahagia.

Sebelum ini, penulis ada berkongsi kan tentang cara nak tempah GrabCar. Hari ini seperti yang di janjikan, penulis akan berkongsi tentang cara nak tempah Uber pula.

Uber Malaysia

Kaedah dan caranya hampir sama. Mudah dan selamat. Cuma mungkin masih ada yang belum pernah naik dan nak cuba tapi masih ada rasa takut-takut, boleh lihat tutorial yang diberikan ini ya. In Sha Allah.

1.Pastikan anda mempunyai smartphone yang mempunyai internet yang stabil. Anda boleh ke playstore atau appstore untuk download aplikasi Uber ini. Pasti kan GPS telefon anda telah di aktifkan.

Uber Malaysia

Sila download aplikasi Uber seperti yang telah di highlight kan.

2. Jika dah jumpa, boleh download seperti biasa.

Uber Malaysia

3. Setelah install, sila buka aplikasi ini dan anda akan melihat paparan seperti berikut.

Uber Malaysia

Sila masukkan nombor telefon anda yang sedang digunakan.

4. Boleh masukkan password jika anda telah mendaftar atau boleh click ‘Create Account’ jika belum mendaftar.

Uber Malaysia

5. Jika berjaya, anda akan mendapat paparan seperti berikut. Uber akan terus detect lokasi terkini anda berada. Anda hanya perlu isi tempat yang ingin di tuju.

Uber Malaysia

Sila isikan destinasi yang ingin di tuju dengan tepat.

6. Jika  anda telah isi tempat yang ingin di tuju, anda akan mendapat beberapa pilihan sama ada ingin UberX, UberXL atau Uber BLACK. Beza antara ketiga-tiga Uber ini ialah:

  •  UberX merupakan cara yang paling murah untuk ke sesuatu destinasi tanpa mengeluarkan wang yang banyak. Kebiasaannya kereta kategori mempunyai empat tempat duduk seperti Toyota Vios, Proton Saga, atau MyVi.
  • UberXL pula merupakan kereta MPV yang mempunyai lima pintu atau tujuh tempat duduk seperti Nissan Grand Livina, Toyota Innova, dan Proton Exora.
  • Uber Black adalah perkhidmatan premium Uber yang merangkumi kereta MPV berkuasa tinggi dengan empat tempat duduk seperti CR-V, Honda Accord, Toyota Velfire, dan Toyota Camry.
Uber Malaysia

Harga bagi setiap pilihan juga adalah berbeza.

7.  Click sahaja confirm jika anda telah membuat pilihan.

Uber Malaysia

8.  Apabila dah click confirm, anda akan mendapat paparan seperti ini. Biarkan seketika. Uber sedang mencari pemandu yang berhampiran dengan anda.

Uber Malaysia

9. Anda boleh melihat masa yang di ambil oleh pemandu untuk sampai ke tempat anda.

Uber Malaysia

10. Anda boleh lihat segala details yang di berikan seperti maklumat pemandu, harga dan masa pemandu akan tiba.

Uber Malaysia

11. Alhamdulillah! anda telah berjaya tempah Uber. Anda hanya perlu tunggu pemandu Uber sampai ke tempat anda dan menghantar anda ke destinasi yang ingin di tuju. Jika dah sampai, anda boleh berikan bintang kepada pemandu Uber berkenaan berdasarkan penilaian anda sendiri.

Anda juga akan menerima resit pembayaran melalui email apabila telah selamat sampai ke destinasi.

12. Sekiranya anda ingin cancel, anda harus melakukan nya secepat mungkin sebelum pemandu Uber sampai ke tempat anda.

Uber Malaysia

Semoga tutorial ini berguna buat mereka yang masih mencari-cari cara nak tempah Uber dengan betul. Jangan risau, dari segi keselamatan. In Sha Allah, selamat kerana segala butiran pemandu kita dapat lihat dan kebiasaanya, semua pemandu Uber ini baik-baik orangnya.

Anda tidak perlu risau lagi jika ingin ke mana-mana. Semuanya berada di hujung jari anda sahaja. Click sahaja, anda dah boleh pergi ke tempat yang ingin di tuju. Selamat mencuba!

Semoga terus bermanfaat ♡

2 Comments

    • AlMiyaz January 11, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge