Syukur Selalu, Hidup Lebih Tenang

Assalamualaikum warahmatullah dan salam bahagia.

Seminggu dua ini, diri ini tersangat sibuk sehingga kadang-kadang hanya mampu tidur 4 jam sahaja. Media sosial pun tak sempat untuk di teliti satu persatu.

Ada sesuatu yang perlu di selesaikan secepat mungkin. Nanti bila telah selesai, saya akan kongsikan dengan kalian. In Sha Allah.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang satu kisah yang betul-betul memberi kesan yang mendalam pada diri saya sendiri.

Beberapa hari lepas, hampir seminggu juga saya ada membantu seorang pakcik menjual buku-buku di Shah Alam.

Sepanjang saya menjual buku-buku di situ, ada sesuatu yang berjaya mencuit hati dan perasaan ini.

syukur selalu

Antara buku-buku yang banyak di jual ialah, buku-buku agama, kitab dan al quran.

Suatu hari, seorang lelaki datang untuk membeli al quran, dia kelihatan agak tidak terurus, memakai rantai emas. Apabila sampai, dia terus datang bertanya,

Al Quran ni berapa ya dik? Pakcik ni nak mencari al quran. Pakcik dah tua dik. Kalau yang huruf kecil-kecil pakcik tak nampak.

Akhirnya, pakcik ini membeli sebuah al quran. Semoga Allah menjaga dan memberinya hidayah. Sungguh! Hati ini menjadi sangat sebak apabila melihat kesungguhan pakcik ini. Apabila dia memberi wang kepadaku, dia bertanya,

Boleh berikan duit seringgit-seringgit tak dik? Pakcik nak buat tambang bas nanti.

Allahu. Di saat kita merasa susah, rupa-rupanya ada lagi insan yang lebih memerlukan.

Setiap hari, sangat ramai orang yang datang membeli al quran dan buku-buku agama. Tetapi kebanyakkan mereka yang datang membeli buku-buku agama, kitab-kitab dan al quran adalah mereka yang jika di lihat dengan pandangan mata kasar manusia, mungkin tiada nilai pun.

Tetapi siapa tahu, mungkin mereka lah yang lebih mulia pada pandangan Allah kerana hati-hati mereka sedang berusaha mencari jalan menuju Illahi.

Ada yang tidak memakai tudung, ada yang pakaiannya tidak perlu di beritahu lagi, ada lelaki yang berseluar pendek, memakai gelang dan rantai emas.

Suatu hari, ada seorang pemuda tukang sapu sampah di kawasan pameran tersebut datang ke booth buku ini. Apabila sampai, dia berhenti dan melihat kitab-kitab yang ada di situ. Dia datang dengan lebih dekat dan mula membelek helaian demi helaian sebuah kitab di situ.

Kelihatan seperti dia ingin sekali membeli kitab itu yang bertajuk “Amalan Sepanjang Tahun”. Dia terus melihat harga dan termenung seketika. Selepas beberapa minit, dia berlalu pergi.

Pasti si pemuda ini suka membaca kitab dan buku-buku ilmiah. Tidak adil jika seseorang itu di nilai hanya dari penampilan dan pekerjaan nya.

Sedangkan mereka inilah sebenarnya jauh lebih mulia walaupun hanya bekerja sebagai tukang sapu sampah. Ilmu penuh di dada. Hatinya dekat dengan Allah.

Setiap insan yang datang membeli di booth pakcik ini betul-betul memberikan aku pengajaran tentang kehidupan ini termasuklah pakcik ini juga.

syukur selalu

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hambaNYA yang selalu bersyukur.

Semoga terus bermanfaat ♡

 

12 Comments

  1. NURUL AZIYANA February 14, 2017
    • AlMiyaz February 15, 2017
  2. raihanah ahmad February 17, 2017
    • AlMiyaz March 7, 2017
  3. Saji.My March 1, 2017
    • AlMiyaz March 7, 2017
  4. RAIHANAH AHMAD March 4, 2017
    • AlMiyaz March 7, 2017
  5. Hanz March 4, 2017
    • AlMiyaz March 7, 2017
  6. dedauncomel.com March 4, 2017
    • AlMiyaz March 7, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge