Surah Al-Fatihah

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”
(QS. Al-Fatihah: Ayat 1)

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”
(QS. Al-Fatihah: Ayat 2)

الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
“Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”
(QS. Al-Fatihah: Ayat 3)

مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ
“Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).”
(QS. Al-Fatihah: Ayat 4)

اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ
“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.”
(QS. Al-Fatihah: Ayat 5)

اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ
“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”
(QS. Al-Fatihah: Ayat 6)

صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّآلِّيْنَ
“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
(QS. Al-Fatihah: Ayat 7)

Leave a Reply

CommentLuv badge