Surah Al-Baqarah ( Ayat 41 – 50 ) dan Terjemahan

Surah Al-Baqarah ( Ayat 41 – 50 ) dan Terjemahan

“Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.”
(QS. Al-Baqarah: Ayat 41)

Surah Al-Baqarah ( Ayat 41 – 50 ) dan Terjemahan

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.”
(QS. Al-Baqarah: Ayat 42)

Surah Al-Baqarah ( Ayat 41 – 50 ) dan Terjemahan

“Dan dirikanlah kamu akan sholat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.”
(QS. Al-Baqarah: Ayat 43)

Surah Al-Baqarah ( Ayat 41 – 50 ) dan Terjemahan

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?”
(QS. Al-Baqarah: Ayat 44)

Surah Al-Baqarah ( Ayat 41 – 50 ) dan Terjemahan

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;”
(QS. Al-Baqarah: Ayat 45)

Surah Al-Baqarah ( Ayat 41 – 50 ) dan Terjemahan

“(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.”
(QS. Al-Baqarah: Ayat 46)

Surah Al-Baqarah ( Ayat 41 – 50 ) dan Terjemahan

“Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).”
(QS. Al-Baqarah: Ayat 47)

Surah Al-Baqarah ( Ayat 41 – 50 ) dan Terjemahan

“Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.”
(QS. Al-Baqarah: Ayat 48)

“Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.”
(QS. Al-Baqarah: Ayat 49)

“Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.”
(QS. Al-Baqarah: Ayat 50)

Leave a Reply

CommentLuv badge