Surah Al-Baqarah ( Ayat 31 – 40 ) dan Terjemahan

Surah Al-Baqarah ( Ayat 31 – 40 ) dan Terjemahan

“Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”(QS. Al-Baqarah: Ayat 31)

Surah Al-Baqarah ( Ayat 31 – 40 ) dan Terjemahan

“Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana” (QS. Al-Baqarah: Ayat 32)

Surah Al-Baqarah ( Ayat 31 – 40 ) dan Terjemahan

“Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”(QS. Al-Baqarah: Ayat 33)

Surah Al-Baqarah ( Ayat 31 – 40 ) dan Terjemahan

“Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.” (QS. Al-Baqarah: Ayat 34)

Surah Al-Baqarah ( Ayat 31 – 40 ) dan Terjemahan

“Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”(QS. Al-Baqarah: Ayat 35)

Surah Al-Baqarah ( Ayat 31 – 40 ) dan Terjemahan

“Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)” (QS. Al-Baqarah: Ayat 36)

Surah Al-Baqarah ( Ayat 31 – 40 ) dan Terjemahan

“Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.” (QS. Al-Baqarah: Ayat 37)

Surah Al-Baqarah ( Ayat 31 – 40 ) dan Terjemahan

“Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita” (QS. Al-Baqarah: Ayat 38)

Surah Al-Baqarah ( Ayat 31 – 40 ) dan Terjemahan

“Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (QS. Al-Baqarah: Ayat 39)

Surah Al-Baqarah ( Ayat 31 – 40 ) dan Terjemahan

“Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).” (QS. Al-Baqarah: Ayat 40)

Leave a Reply

CommentLuv badge