Sinar Harapan yang terus bersinar.

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.

Sinar harapan. Sinar itu akan sentiasa ada selagi mana kita semua hidup dalam kebergantungan kepada Allah. Harapan itu akan sentiasa ada selagi mana kita tak pernah melupakan Allah dalam hidup ini kerana kita semua dan dunia ini adalah milik Allah.

Hari ini penulis ingin berkongsi pengalaman penulis ketika melawat ke beberapa rumah kebajikan di Terengganu dan Melaka.

Penulis bersama sahabat-sahabat telah pernah menjejak kan kaki ke rumah ini beberapa tahun lepas. Terdapat beberapa perkara yang masih segar di ingatan ini.

Ini lah merupakan antara pengalaman yang sangat berharga dan sukar di lupakan. Melihat mereka yang bergelar ibu dan ayah tetapi menetap di rumah kebajikan ini membuatkan hati ini sayu dan pedih. Pelbagai persoalan menerpa diri ini. Mengapa mereka berada di sini? Bagaimana mereka boleh berada di sini? Dimana anak-anak mereka?

Sewaktu melawat ke rumah kebajikan ini, kami di berikan tugasan iaitu menemubual warga yang menetap di situ. Pada mula nya penulis agak janggal dan tidak tahu untuk memulakan permulaan. Setiap kali ingin berbicara, hati akan menjadi sebak.

Sewaktu kami tiba di salah rumah kebajikan ini, kami diberikan taklimat oleh pengawai yang bertugas. Segala nasihat dan kisah yang diceritakan oleh pengawai rumah kebajikan itu masih segar dalam ingatan ini.

Beliau menceritakan kisah bagaimana anak-anak seramai empat orang membuang ibu mereka sendiri dengan menghantar ke rumah kebajikan. Walaupun ibu mereka merayu untuk tidak ditinggalkan di rumah kebajikan tersebut, tetapi mereka tidak mempedulikannya sehingga ibu mereka merayu sambil memeluk kaki anak-anaknya. Tetapi si ibu tetap di tinggalkan.

Selepas ditinggalkan si ibu menangis dan sakit. Selama seminggu berada di rumah kebajikan tersebut, akhirnya si ibu pergi menghadap Illahi tanpa sempat bertemu dengan anak-anaknya. Tanpa sempat anak-anak mereka memohon ampun kepada ibu mereka.

Allahhuakbar! Bagaimana la agak nasib anak-anak mereka. Pengawai itu menceritakan selepas kematian ibu mereka, kehidupan mereka kucar kacir, saling saman menyaman sesama sendiri dan hidup dalam keadaan tidak tenang.

Allah telah menjanjikan balasan bagi anak-anak yang derhaka. Apabila mendengar sahaja kisah tersebut, semua yang hadir menangis, sebak dan pilu.

Bagaimana kisah hidup kita? Bagaimana pula sikap kita dengan ibu bapa kita? Bagaimana kita jaga mereka? Bagaimana kita balas segala jasa mereka?

Terdapat banyak lagi kisah kehidupan yang telah berlaku yang boleh di jadikan iktibar kepada kita semua.

Doa untuk ibu bapa

Moga terus bermanfaat ♡

Leave a Reply

CommentLuv badge