Semusim di Alam Barzakh

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.

Sejak akhir-akhir ini, novel Semusim di Barzakah sedang hangat di perkatakan dan menjadi sebutan orang ramai.

best sangat

Best ke novel ini ? Penulis sendiri tertanya-tanya disebabkan melihat sambutan yang luar biasa. Penulis mula search melalui google, instagram dan facebook untuk tahu tentang novel ini.

Apabila saya seacrh, yang ditemui adalah penuh dengan gambar-gambar testimoni dan keratan akhbar berbicara tentang novel ini.

Allah! Allahuakbar!

Hati ini mula terdetik untuk membeli juga. Hujung minggu, penulis ke kedai buku untuk membeli. Entah kenapa selepas membeli buku ini, hati ini memberontak untuk terus membaca buku ini.

Selepas membaca beberapa helai muka surat, penulis berhenti dan merenung diri sendiri yang terlalu banyak dengan dosa dan maksiat. Allahurabbi.

Baiknya Allah. Hidayah yang Allah berikan dalam pelbagai cara yang sangat indah. Hanya kita sebagai hamba sahaja yang perlu berusaha mencarinya.

Antara novel yang terlaris di pasaran!

Antara novel yang terlaris di pasaran!

Penulis meneruskan pembacaan. Memang susah sangat untuk berhenti. Semakin di terokai, minat dan keinginan untuk tahu semakin memuncak. Hati mula merintih merindui Allah. Air mata seolah-olah sudah tidak tertahan lagi untuk tumpah.

Lantas, buku di tutup. Tikar sejadah di cari. Allahu. Betul-betul memberi kesan kepada hati.

Keesokkan hari, penulis sambung pembacaan novel ini. Hati memberontak untuk menghabiskan secepat mungkin kerana kisahnya betul-betul membuatkan hati kita akan banyak berbicara sendiri dan pelbagai persoalan akan muncul.

Semusim di Barzakh

Semakin sampai ke penghujung cerita, air mata mencurah-mencurah tanpa segan silu.

Allahhuakbar! Banyaknya dosaku.

Seandainya kita masih hidup pada hari ini, itu bermakna Allah masih memberikan peluang kepada kita untuk terus bertaubat kepadaNYA.

Sahabat,
Sedar dan yakinlah! Hidup ini hanya sementara. Sama-sama kita muhasabah diri, apa sumbangan kita kepada islam ? ibu ayah ? keluarga kita ? diri sendiri ? Allahhu. Masih belum terlambat untuk bertaubat walaupun dirimu masih bergelumang dengan dosa maksiat.

Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNYA.

Novel ini antara novel yang betul-betul memberi kesan kepada diri ini dan penulis yakin novel ini turut memberi kesan kepada mereka yang telah membaca nya.

Semoga Allah terus merahmati ustaz Hadi Fayyadh atas penulisan novel yang sangat mantap. Hanya kerana sebuah novel ini, telah banyak hati yang kembali ke jalanNYA. In Sha Allah.

Jika anda juga berminat untuk merasai pengembaraan ke alam barzakh, anda boleh mendapatkan buku ini
di  A.M Book Store atau whatsapp 014 5234094.

Moga terus bermanfaat buat semua.

Leave a Reply

CommentLuv badge