Semangat yang kembali lagi!

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat berhujung minggu.

Alhamdulillah, hari ini penulis sekali lagi berkesempatan untuk menghadiri bengkel ‘WordPress For Business’ buat kali ke 2. Boleh la penulis ulangkali semula dan tambah baik ilmu yang sedia ada. Bak kata pepatah ‘practice make perfect’.

Wordpress for Busines

Setiap kali penulis join bengkel ini, pasti semangat datang berkobar-kobar. Salah satu yang membangkitkan semangat ini ialah apabila melihat peserta yang datang. Hampir menitis air mata ini melihat mereka yang berusaha datang untuk terus belajar tanpa kenal penat lelah.

Majoriti peserta yang datang adalah mereka yang sudah berumur. Ada yang sudah menjangkau umur 50 ke 60 an. Tetapi semangat mereka untuk terus belajar dan upgrade ilmu tidak pernah padam. Itulah yang membuatkan diri ini terkesan. Tetapi kita yang masih muda, sihat dan bertenaga ini masih mensia-siakan waktu yang ada.

DAFTAR SEKARANG!

Usia bukanlah satu penghalang untuk mereka terus ‘upgrade’ ilmu yang ada. Bukan sahaja ilmu agama, malah ilmu dalam bidang teknologi ini. Belajar membuat website ini bukanlah sesuatu yang mudah yang boleh di pelajari begitu sahaja. Ianya memerlukan banyak teknikal dan praktikal yang perlu belajar bersama sifu yang pakar.

Wordpress for Busines

Tetapi, mereka ini tidak pernah mengenal putus asa. Itulah antara yang membakar semangat diri ini. Benarlah! Jika ingin berjaya, bergaul lah dengan mereka yang ingin turut sama berjaya dan yang telah berjaya.

DAFTAR SEKARANG!

Hajat doa daripada kalian semoga semua perserta yang hadir ke bengkel ini akan terus berjaya dan sentiasa di murahkan rezeki selalu. Kita semua juga.

Semoga terus bermanfaat ♡

Leave a Reply

CommentLuv badge