Sebuah pengharapan

 Izzah, kau sibuk tak ? Aku ada masalah lah. Fikiran aku betul-betul berserabut. Macam-macam masalah aku. Aku tak tahu nak buat apa. Kat rumah ma ayah aku suka gaduh. Kat sini, kawan-kawan pula suka keluar lepak-lepak, shopping la, tapi aku bukan ada duit pun. Izzah, aku nak pinjam duit kau sikit boleh ? “

Izzah yang leka menatap komputer di hadapannya berpaling kepada roomate nya, syikin.

Syikin, aku bukan taknak tolong, tetapi aku sendiri pun cukup-cukup makan sahaja. Maaf tau”

ala.. kau izzah. Selalu gitu. Susah lah nak minta tolong orang ni. Semua tak boleh. Cerita masalah pun, bukan faham pun. Buat penat je cerita panjang lebar. Aku keluar dulu la”

======================================================================

Buat semua yang di rahmati Allah terutama remaja-remaja, atau sesiapa yang sedang mengalami masalah.

Kali ini, saya ingin berkongsi kepada kalian semua tentang sebuah harapan.

Pernah tak dalam hidup kalian, kalian mempunya masalah yang sangat berat ?

Kesempitan wang ?

Mencari-cari manusia untuk menceritakan masalah dan menagih simpati ?

Pasti ada antara kalian pernah. Itu normal sebagai seorang insan yang tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.

Hari ini, saya nak ajak diri kalian dan juga diri saya sendiri. Kita renungkan kembali apa yang telah kita lakukan selama ini.

Bila kita di landa masalah, siapa yang kita akan cari terlebih dahulu. Allah atau manusia ?

Bila kita kesempitan hidup, tidak cukup wang, tak cukup makan minum, siapa yang kita cari dahulu. Allah atau manusia ?

Bila hati kita sakit, derita, sedih, siapa yang kita cari dulu ? Allah atau manusia atau mukabuku ?

Allahhurabbi. Marilah kita sama-sama renungi.

Kita ini hidup nak bergantung kepada Allah atau kepada manusia ?

Kenapa apabila kita di timpa masalah, kita mencari manusia dahulu untuk menceritakan nya ? Kenapa tidak Allah ? Tanya lah hati kalian.

Adakah kerana kita tidak yakin dengan Allah ?

Hari ini, saya ingin mengajak kalian semua serta diri saya sendiri, kita sama-sama kembali ke jalan Allah.

Dalam apa jua masalah, kegembiraan, kekhuatiran, rasa gelisah, marah, sedih dan segala rasa yang terbit di hati kalian, carilah Allah.

Jika rasa masalah datang menghimpit, tidak berdaya lagi, carilah Allah. Mengadu sungguh-sungguh kepada NYA.

Ceritakan semua yang kalian rasa.

Jika rasa gembira, carilah Allah. Ucaplah syukur kepada NYA

Jika rasa betul-betul memerlukan pertolongan manusia, carilah Allah dahulu, kerana Allah yang akan menggerakan hati manusia untuk membantu kita.

Letakkan Allah sebagai yang pertama di dalam hidup kita semua. In Sha Allah semuanya pasti akan menjadi mudah. Jangan pernah tinggalkan Allah di dalam hati kita, nescaya kita akan rasa selamat walau di mana kita berada kerana Allah akan selalu ada.

Yakinlah! Macam mana nak yakinkan hati ? Usaha. Banyakkan zikir, istighfar dan doa kepadaNYA.

Mohonlah ketetapan iman daripada Allah.

Allah is 1

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. (al baqarah : 152)

Bestnya motivasi daripada al quran

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan shalat; sesung-guhnya Allah adalah beserta  orang-orang yang sabar. (al baqarah : 153)

Sebarkan jika bermanfaat.

Leave a Reply

CommentLuv badge