Say It Right. Seminar Yang Wajib Hadir!

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pada 14 Januari yang lalu, Allah berikan peluang kepada diri ini untuk menghadiri satu seminar yang sangat hebat dan mantap.

Seminar Say It Right. Seminar ini membawa slogan “Positive Practical Parenting” yang mendedahkan teknik komunikasi berpengaruh dan memukau dengan panduan dari Yang Maha Agung.

Seminar Say it Right

Setelah di jemput oleh sahabat, hati ini memberontak ingin pergi walaupun pada hari kejadian terdapat perkara lain yang perlu di selesaikan. Seminar ini di adakan di SIRIM, Seksyen 2, Shah Alam.

Seminar bermula jam 8 pagi lagi tetapi jam 2 petang baru ku sampai disebabkan ada perkara yang lebih awla untuk diselesaikan.

Sampai sahaja, aku terus masuk ke dalam dewan.

Hmm, ramai juga orang ya. Hatiku berbisik.

Aku mula mengambil tempat duduk jauh di belakang sebab agak lewat sampai. Speaker seterusnya pada waktu itu ialah Ummi Ros. Pertama kali dengar beliau bercakap terus rasa tertarik. Begitu juga dengan speaker-speaker yang lain yang sememangnya aku ingin sangat mendengar ucapan mereka.

Hati sebak seketika kerana setelah lama tidak menghadiri majlis ilmu, hari ini Allah izinkan juga aku sampai walaupun agak lewat.

Seminar ini bukan hanya ceramah semata-mata, tetapi ada praktikal nya sekali. Memang rasa terus bersemangat apabila mendengar speaker-speaker bercakap. Antara speaker yang ada pada hari itu adalah Ustazah Isfadiah, Pak Utih, Ummi Ros dan  Tuan Rizal yang telah lama aku ingin mendengar penyampaiannya, akhirnya Allah berikan juga peluang itu. Syukur Alhamdulillah.

Setelah hadir ke seminar ini, ada banyak perkara yang telah aku belajar. Antaranya ialah Al Quran. Bagaimana nak memahami al quran dengan lebih mendalam. Bukan hanya baca ayat dan baca maksud sahaja. Tetapi sebenarnya lebih daripada itu.

Hatiku terharu apabila melihat mereka yang telah berjaya menjadikan al quran sebagai satu praktikal dalam kehidupan mereka sedangkan aku masih merangkak untuk belajar.

Buat ibu bapa, warga pendidik, atau sesiapa sahaja, saya memang suggestkan anda semua hadir ke Seminar ini jika di adakan lagi pada masa akan datang. Sungguh! kalian akan mendapat sesuatu yang sangat berharga.

Rebutlah peluang yang ada sebelum terlewat.

Semoga terus bermanfaat ♡

 

Leave a Reply

CommentLuv badge