Salam Ukhwah

Assalamualaikum warahmatullah.

Allahumma salli ala sayyidina Muhammad.

Syukur ke hadrat illahi kerana Allah masih memberi saya peluang untuk terus menulis. Saya bermula blogging sejak tahun 2012. Namun, di sebabkan banyak sangat perkara yang  diri tidak tahu, saya banyak bertukar blog. Saya mula belajar sendiri, google, cari tutorial, tengok youtube, berkawan dengan blogger lain. Mula bertanya pelbagai soalan dengan ramai blogger.

Semakin lama, saya semakin berminat membuat blog dan mula tertarik dengan website. Saya mula buatkan blog untuk kawan. Buat website untuk company di tempat praktikal. Hati ketika itu sangat teringin belajar blogger dan website terutama wordpress melalui bengkel dan seminar. Namun, kelas-kelas yang di temui semua terlalu mahal buat saya yang masih mula bertatih.

Sehinggalah saya menemui Tuan Eizil. Seorang usahawan, bisnesman, blogger dan web developer yang sangat saya kagumi dan hormati. Apabila melihat iklan tentang bengkel ‘wordpress for business’, saya sudah tidak berfikir panjang lagi. Saya terus menyatakan hasrat tersebut kepada Tuan Eizil.

wordpress for business

Sangat best!

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya berjaya hadir ke bengkel beliau selama dua hari. Sepanjang dua hari bengkel tersebut, terlalu banyak ilmu yang saya perolehi tentang blogging dan wordpress sehinggakan selama ini seolah-olah saya langsung tidak belajar apa-apa walaupun banyak mengkaji sendiri.

Itu lah kepentingan mentor dan berguru. Kita akan lebih faham apa yang di sampaikan dan boleh terus bertanya jika ada perkara yang tidak di fahami.

Sejujurnya, dari pandangan saya sendiri, saya sangat suggest kan kepada mereka yang berminat untuk blogging atau nak tahu cara menulis dengan betul dan kembangkan lagi bisnes atau baru mula nak berbisnes, saya sangat suggest kan hadir ke bengkel beliau. Sangat-sangat berbaloi.

Apa yang lebih menarik, beliau turut mengadakan kelas/bengkel secara percuma tentang ilmu-ilmu pemasaran serta banyak lagi. Kelas di adakan setiap hari selasa di Denaihati Network.

Salam Ukhwah

Oh ya, panjang lebar sudah saya menaip, mungkin terlampau excited, saya terlupa memperkenalkan diri. Nama di beri Norizam Kadir. Panggilan mesra ‘ijam’. Hajat doa kalian semua, semoga saya dapat mencapai cita-cita menjadi seorang web developer dan businesswoman yang berjaya dunia akhirat.

Boleh ikuti saya di laman sosial :

Instagram : AlMiyaz

Twitter : AlMiyaz

Facebook : AlMiyaz Creative Solution

AlMiyaz Creative Solution

Hajat doa!

Salam perkenalan.

Semoga kita semua akan terus berjaya di dunia dan akhirat serta di berkati Allah selalu. Amin.

Leave a Reply

CommentLuv badge