Salah diri sendiri atau salah orang lain?

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.

Hidup di dunia hanya sementara. Tak akan kekal pun. Mati juga tak menunggu sesiapa.

Kita sebagai insan tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Tapi bagaimana kita respon pada kesilapan yang kita lakukan itu, itu lah yang akan di nilai dan di pandang. Kesilapan atau dosa itu juga merupakan satu ujian buat kita semua.

Allah SWT  telah berfirman:

اۨلَّذِيْ خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيٰوةَ لِيَبْلُوَكُمْ اَيُّكُمْ اَحْسَنُ عَمَلًا   ؕ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْغَفُوْرُ
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);” (QS. Al-Mulk: Ayat 2)

Penulis teringat akan satu kisah seorang insan yang telah membuatkan hati ibu bapa dan keluarganya terguris. Si gadis ini telah mengambil keputusan melarikan diri dari rumah dan meninggalkan keluarganya. Si ibu yang pada mulanya sangat sedih. Setiap hari menangis mengenangkan akan si anak gadisnya. Ibunya menyuruh anak nya kembali ke rumah tetapi anak nya tetap berdegil. Akhirnya, si ibu berkata

Kalau begitu, jangan pernah jejak kan kaki  kamu di rumah ini lagi. Ayah dan ibu tidak akan menerima kamu lagi sebagai keluarga kami. Pergi la ke mana kamu ingin pergi.

Seorang ibu. Mulutnya mungkin berkata tidak, tetapi hatinya merintih dan berdoa setiap hari, menanti si anaknya kembali. Setiap hari selepas solat, air matanya senantiasa tumpah mengadu kepada yang Maha Mengetahui segalanya.

Ibu bapa

Si gadis ini melarikan diri kerana tersilap langkah. Tersilap dalam membuat keputusan. Tersilap mengambil tindakan. Tersilap dalam percaturan yang akhirnya membawa padah.

Setelah beberapa minggu meninggalkan rumah dan keluarganya, akhirnya dia sedar akan kesilapannya. Namun, sayang sekali, apabila tersedar, dia bukan melihat kesilapannya diri nya  sendiri tetapi menyalahkan insan lain yang menyebabkan semua itu berlaku. Dia mula menyalahkan keluarganya yang sanggup membuang diri nya hanya kerana dia tersilap langkah.

Ibuku sayang

Dia juga menunggu masa yang sesuai untuk pulang ke rumah walaupun telah sedar akan kesilapannya.

Wahai si gadis, ajal dan maut tidak menunggu sesiapa. Tidak menunggu masa yang sesuai. Bila telah tiba masanya, ia tetap akan datang menjemput kita semua. Jangan sampai terlambat memohon ampun kerana seksaan di alam akhirat itu teramat dahsyat dan perit. Pulanglah. Ibumu sentiasa menanti kamu. Percayalah, hati seorang ibu, tetap akan lembut kerana tiada ibu yang tidak menyayangi anaknya.

Ingatlah,

Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.

Hadis Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa)dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 515.

Dalam hal ini, jangan pernah menyalahkan insan lain apatah lagi keluarga sendiri. Renungilah kembali diri kita sendiri. Bagaimana perkara ini terjadi, sekiranya memang daripada kesilapan diri kita, rendahkan diri mohon ampun maaf. Muhasabah diri kita kembali. Mohon lah pertolongan dari Illahi. Hanya DIA yang berkuasa melembutkan hati hambaNYA yang dikehendaki kerana DIA lah Pemilik hati kita semua.

Hargailah dan berbakti lah kepada kedua ibu bapa kita sementara mereka masih hidup. Sama-sama kita muhasabah diri.

Moga terus bermanfaat ♡

 

Leave a Reply

CommentLuv badge