Puisi buat SAHABAT


Tatkala aku dilanda kemurungan,
Engkau jualah yang berada di sampingku,
Mendengar luahan hati yang tersirat,
Dikala dugaan itu tiba.
Sahabat jualah sebenarnya mengajar aku supaya kuat dan tabah,
Bukan kerana aku seorang yang lemah,bukan kerana aku tidak berdikari,
Tapi kerana aku memerlukan seorang sahabat yang benar-benar ikhlas,
Walaupun aku menghina,menyusahkan dan selalu sahaja meminta pertolongan,
Tetapi engkau memberi aku jawapan yang belum pernah aku mendengarnya sejak aku berkawan,
Engkau berkata “Aku kan sahabat, akan selalu membantu jika kau dilanda masalah,tapi serahkan
segala-galanya kepada Allah. kerana Allah jualah yang memberi ketenangan”
Alangkah indahnya nilai sebuah persahabatan jika disulami dengan kebaikan,
Maafkan aku sahabat jika selama ini aku selalu menyakitimu,
Namun begitu engkau tidak pernah membalas, apatah lagi cuba menyakitiku semula,
Kau ukir senyuman dibibir dan masih memeluk erat diriku walaupun kau tahu aku bukanlah
sahabat yang baik.
Di saat aku dilanda kepayahan, engkau taburkan nasihat tanpa mengenal putus asa,
Tak terbalas jasamu kepadaku wahai sahabat,
Terima Kasih sahabat kerana sudi menjadi sahabatku.
Aku akan terus berusaha untuk menjadi sahabatmu yang terbaik !
Maafkan aku sahabat , andai aku lupa diri ,

Tolong jagakan aku, andai aku lemah, tolong kuatkan aku,

Maafkan aku sahabat, andai aku terlanjur kata, 

Tolong ingatkan aku, andai aku terlanjur tingkah,

Tolong juga ingatkan aku sahabat.    

Maafkan aku sahabat.
    #akupendosa
   

Leave a Reply

CommentLuv badge