Pertolongan Kecil Tetapi Nilainya Sangat Besar

Assalamualaikum warahmatullah dan salam bahagia.

Setiap perkongsian yang di tulis di blog ini bukanlah ingin menunjukkan diri ini bagus atau sebagainya. Tetapi ianya hanya sebagai satu perkongsian.

Selama beberapa minggu ini, diri ini agak bertungkus lumus bekerja sehingga kesihatan diri juga agak terjejas. Tetapi dalam beberapa minggu itu juga lah, banyak menyedarkan diri ini tentang banyak perkara.

Betapa baiknya Allah. Saat aku susah, Allah hadirkan insan yang berhati mulia datang menghulurkan bantuan tanpa berkira langsung. Mudah sahaja.

Kadang-kadang diri ini terlupa sekecil-kecil pertolongan, jika di buat dengan ikhlas, nilai nya sangat besar dan betapa balasan nya cukup besar pada diri sendiri.

Kadang-kadang, ada insan yang langsung tidak di kenali, tapi tanpa perlu merayu datang membantu tika aku memerlukan pertolongan.

Semuanya kerana Allah yang menggerakkan hati insan-insan yang berhati mulia ini. Setiap hari ada sahaja dosa yang aku lakukan, tetapi Allah tidak pernah putus memberikan nikmat dan rahmat kepada diriku. Hina sangat rasa diri ini.

Indahnya hidup memberi

Kadang-kadang, bila aku memandu kereta, bila ada kereta minta laluan, aku pada mulanya susah nak bagi. Tidak lama selepas itu, aku pula ingin masuk laluan lain. Kereta lain juga susah nak bagi laluan kepada aku. Terus diri ini terfikir.

Tadi aku juga bersikap seperti kereta lain ini. Susah nak berikan laluan.

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap apa yang kita beri, kita akan dapat balik. Beri baik, kita akan dapat baik. Begitu juga sebaliknya.

Contoh lain.

Suatu hari, aku ke tandas. Tandas hanya ada satu sahaja. Tetapi yang menunggu beberapa orang. Selepas ini giliran aku. Tiba-tiba ada seorang wanita yang kelihtan ‘urgent‘ untuk masuk ke tandas. Aku terus berikan keutamaan kepadanya terlebih dahulu. Mungkin pada masa akan datang, aku juga akan mengalami perkara yang sama. Ternyata, memang betul perkara yang sama berlaku dan ada insan lain juga membantu aku.

Contoh lain lagi.

Ketika masuk mencari parkir kereta di tempat yang kebiasaannya susah sangat nak dapatkan parkir. Tetapi bila kita masuk, mudah sahaja dapat tempat parkir. Mudah sebab Allah bantu kita.

Indahnya hidup memberi

Contoh lain lagi.

Suatu hari, ketika aku ingin solat di salah sebuah surau di Mall, orang sangat ramai pada hari tersebut. Biasalah, hari minggu. Bila masuk, telekung solat dah habis di gunakan. Aku mula mencari sesiapa yang telah selesai solat sehingga ternampak seorang makcik sedang mengemas telekung.

Aku terus mendapatkan makcik tersebut dan berjaya mendapatkan telekung. Di belakang masih ramai yang menunggu untuk solat. Ketika itu, aku masih belum mengambil wudhuk. Disebabkan ramai orang yang beratur untuk mengambil wuduk, jadi aku mencari telekung terlebih dahulu.

Ketika aku telah berjaya mendapatkan telekung, aku terpandang seorang kakak yang baru sahaja selesai mengambil wuduk dan sedang mencari telekung. Dia ada cuba bertanya kepada beberapa orang yang lain, tetapi tidak dapat juga.

Indahnya hidup memberi

Akhirnya, aku memberikan telekung yang aku dapat tadi kepadanya untuk dia gunakan terlebih dahulu kerana aku belum mengambil wuduk lagi.

Selepas itu, aku beratur untuk mengambil wuduk. Ajaibnya aku hanya beratur sekejap sahaja walaupun orang sangat ramai, dan selepas aku selesai mengambil wuduk, ada makcik yang lain telah selesai solat dan memberikan telekung nya kepada aku.

Allahhurabbi! Baiknya Allah. Allah sentiasa ada untuk membantu kita semua. Ingatlah! Selagi mana kita selalu memberi, Allah sentiasa akan menambahkan rezeki untuk kita. Rezeki itu bukan hanya dalam bentuk wang, tetapi dalam bentuk urusan kita dan kehidupan kita. Ketenangan dan urusan itu terasa mudah, itu juga rezeki dari Allah yang kadang-kadang kita tak perasan.

Indahnya hidup memberi

Kesimpulannya, dari sekecil-kecil perkara yang mungkin pada pandangan kita nampak remeh, tetapi nilainya sangat besar. Kita mudahkan urusan orang lain, pasti Allah akan mudahkan urusan kita kita juga. Percayalah!

Kadang-kadang kita rasa macam satu keajaiban yang berlaku. Kenapa mudahnya orang bantu kita sedangkan kita tak kenal pun dia. Mungkin suatu ketika dahulu kita pernah lakukan perkara yang sama. Allah gerakkan hati dia untuk bantu kita juga.

Allah sentiasa ada bersama kita. Yakinlah! Bila kita selalu bersyukur, Allah pasti akan tambah rezeki kepada kita.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras” (QS. Ibrahim: Ayat 7)

Semoga terus bermanfaat ♡

26 Comments

  1. sabree hussin March 8, 2017
    • AlMiyaz March 8, 2017
  2. nikkhazami March 8, 2017
    • AlMiyaz March 13, 2017
  3. RAIHANAH AHMAD March 9, 2017
    • AlMiyaz March 13, 2017
  4. azimah mohd zainuddin March 13, 2017
    • AlMiyaz March 13, 2017
  5. Alyaa Aidee March 18, 2017
    • AlMiyaz April 27, 2017
  6. Azlan March 22, 2017
    • AlMiyaz April 27, 2017
  7. rika March 30, 2017
    • AlMiyaz April 27, 2017
  8. Dedaun Comel March 31, 2017
    • AlMiyaz April 27, 2017
  9. MamaBard April 1, 2017
    • AlMiyaz April 27, 2017
  10. Hero Borneo April 2, 2017
    • AlMiyaz April 27, 2017
  11. Mohd Aswad April 3, 2017
    • AlMiyaz April 27, 2017
  12. nikrohayu April 3, 2017
    • AlMiyaz April 27, 2017
  13. Hadi May 6, 2017
    • AlMiyaz May 23, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge