Pengalaman Memandu Seorang Diri Dari Selangor ke Terengganu

Assalamualaikum warahmatullah dan salam bahagia.

Pasti ada antara kalian yang mempunyai pengalaman pulang ke kampung seorang diri. Drive kereta sendirian. Pernah tak? Dari Selangor ke Terengganu dan dari Terengganu ke Selangor. Diri ini juga pernah merasai pengalaman ini.

Aku mula bertolak dari Selangor bermula jam 5 pagi disebabkan terlalu penat pada malam itu, jadi aku mengambil keputusan untuk tidur terlebih dahulu. Sepatutnya aku bertolak lebih awal tetapi terlewat bangun. Alhamdulillah kerana semua barang-barang telah ku kemas awal lagi. Kereta pun telah ku servis pada petang itu. Isi minyak penuh terus dan jangan lupa touch and go, topup terus paling sikit RM50.

Ini merupakan pengalaman pertama aku memandu seorang diri daripada Selangor ke Terengganu. Dalam perjalanan, niat aku waktu itu hanya ingin sampai ke rumah berjumpa dengan mak ayah. Bermula perjalanan sehingga sampai, aku hanya memasang surah al-baqarah sahaja. Selang seli dengan radio IKIM.

Bila pasang ayat-ayat al quran, hati akan menjadi lebih tenang ketika memandu dan ingatan waktu itu hanya pada Allah dan diri pun akan menjadi lebih berani.

Kereta ku mula bergerak perlahan apabila memasuki lebuhraya karak. Waktu itu, kereta tidak terlalu banyak di jalanan. Cukup sekadar menghilangkan kesunyian memandu seorang diri.

Apabila waktu sudah menghampiri waktu subuh, aku mula berhenti di perhentian yang agak ramai orang. Bila melihat orang ramai ni, rasa lega sedikit.

Disebabkan aku telah mengisi minyak penuh sebelum aku bertolak lagi, ku kira akan sempat sampai ke Terengganu. Ku juga menjangka pada setiap hentian akan ada Station Minyak. Jadi, bila melihat station minyak di tepi jalan, kereta ku melepasi begitu sahaja tanpa berhenti.

Selepas solat subuh, aku meneruskan pemanduan. Tatkala matahari mula terbit, mata ku semakin layu. Memang mengantuk sangat! Aku cuba bertahan. Jika berhenti, aku akan lewat sampai. Jangan buat begini ya kerana membahayakan nyawa anda.

Jadi, untuk menghilangkan mengantuk, aku buat video sendiri, pasang radio IKIM dan terus memandu. Apabila telah melepasi lebuhraya kuantan, mata mula perasan minyak kereta hanya tinggal dua bar sahaja. Terus rasa hilang mengantuk!

Waktu itu, agak terkejut juga. Silap ku kerana tidak isi di tepi jalan. Aku cuba bertenang kerana ku sangka kan akan ada station minyak lain di hentian seterusya. Namun sangkaan ku meleset. Tiada lagi station minyak sehingga tol terakhir di Terengganu.

Waktu itu, aku berdoa tanpa henti supaya sempat sampai ke mana-mana hentian kerana ku tak mahu keretaku kehabisan minyak di tepi lebuhraya.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, sampai sahaja di hentian Ajil, bar minyak keretaku mula berkelip. Aku terus masuk ke hentian Ajil. Sampai sahaja, aku terus berfikir, pada sesiapa aku harus minta tolong, sedangkan tiada seorang pun yang ku kenal. Saat ini, aku berdoa tanpa henti semoga Allah gerakkan hati sesiapa untuk membantuku.

Alhamdulillah, ada seorang makcik yang sudi membantu. Dia minta tolong pekerja di situ untuk belikan minyak di kampungnya. Akhirnya perjalanan ku selamat sampai ke destinasi.

Waktu pulang dari Terengganu ke Selangor pula,  lancar sahaja perjalanannya, cuma jalan sangat jem apabila mula memasuki lebuhraya karak. Hampir dua jam lewat sampai. Dari Terengganu ke Selangor, ku bertolak pada waktu malam untuk mengelakkan rasa mengantuk lagi.

Sepanjang perjalanan, aku melihat banyak juga kereta yang tersadai di tepi lebuhraya. Mungkin ada yang ingin berehat, ada yang tayarnya pancit, ada yang enjin keretanya bermasalah. Semuanya berlaku dengan izin Allah dan pastinya berhikmah.

Apabila melihat kecelakaan, terus doakan mereka dan minta juga Allah jauhkan kita daripada sebarang kecelakaan. Doa selalu.

Pengalaman ini menyeronokkan. Tetapi, elakkan pulang seorang diri bagi wanita kerana kita tak dapat menjangka apa yang berlaku. Tetapi, jika terpaksa juga, sentiasa berdoa kepada Allah, istighfar dan pasangkan ayat al quran selalu semasa memandu.

 

2 Comments

  1. adianiez AIDA February 1, 2017
    • AlMiyaz February 2, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge