Panduan Solat Sunat Istikharah

Solat sunat istikharah adalah solat memohon petunjuk daripada Allah. Dengan kata lain memohon petunjuk tentang perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu ketentuan atau pilihan. Dikerjakan dua rakaat.

1. Lafaz Niatnya.

Solat sunat istikharah

Ertinya: “Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.”

2. Rakaat pertama baca surah Al-Fatihah dan selepas itu baca surah Al-Kafirun.

3. Rakaat kedua baca surah Al-Fatihan dan selepas itu baca surah Al-Ikhlas.

4. Ketika sujud akhir, hendaklah baca:

Doa ketika sujud akhir solat istikharah

Ertinya: “Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

5. Selepas salam, baca Surah Al-Fatihah, dihadiahkan kepada Rasulullah saw, para sahabat Nabi, para wali Allah dan kaum muslimin dan muslimat.

6. Akhir sekali baca doa istikharah iaitu:

Doa solat sunat istikharah

Ertinya: “Ya Allah, aku memohon agar memilihkan mana yang baik menurut Engkau ya Allah. Dan aku memohon memberikan kepastian dengan ketentuan-MU dan aku memohon dengan kemurahan Tuhan yang Besar dan Agung. Kerana sesungguhnya Tuhan yang berkuasa, sedangkan aku tidak tahu dan Tuhanlah yang Amat Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Ya Allah, jika persoalan ini baik bagiku, maka berikanlah perkara ini kepadaku dan mudahkanlah ia bagi aku, kemudian berikanlah keberkahan bagi aku di dalamnya. Ya Allah, jika hal ini tidak baik bagiku, bagi agamaku dan penghidupanku, dan tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah aku daripadanya. Dan berilah kebaikan di mana sahaja aku berada, jadikanlah aku orang yang rela atas anugerah-MU. ‘

Leave a Reply

CommentLuv badge