Muhasabah Jiwa Hamba

Mayat yang sedang menunggu untuk di mandikan merupakan saat yang paling mendukacitakannya. Sedih yang teramat sangat. Meraung-meraung kesakitan kerana kesan daripada sakaratul maut. Merayu-rayu pada pemandi supaya berlemah lembut kerana sakit yang amat sangat. Oleh sebab itu afdhal ibu ayah atau anak-anak yang mandikan mayat kerana ada kelembutan dan kasih sayang ketika memandikannya. – Ustaz Afis Ibrahim –

Terkadang apa yang ringan bagi kita, ternyata berat bagi orang lain. Sebaliknya, terkadang apa yang bagimu berat, ringan pula bagi orang lain. Maka, salinglah menghargai.  Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan. Jangan merasa paling menderita, jangan merasa paling hebat. Yang membezakan kita, hanya keimanan dan ketakwaan. InsyaAllah.

Allah selalu ada.

ALLAH S.W.T turunkan ujian pada kita kerana itu tandanya Allah sayangkan kita. Dari ujian tersebut, kita dapat pelajari kesabaran, iman diri, mengubah diri, dan berdikari.

 Orang yang mati itu seolah-olah orang yang lemas di dalam lautan yang dalam, sentiasa menanti-nanti datangnya bantuan dari doa org yang masih hidup.

Andai kita rasa tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.

Jadikan al-quran sebagai “PETI ADUAN”. Bila kita gembira, bila kita sedih, bila kita rasa tak dihargai, bila rasa ingin dicintai, bila kita ingin bertaubat, bila kita ingin menambah iman kita, bila kita ingin masuk syurga. Semuanya ada dalam al-quran.

Semoga terus bermanfaat ♡

Sumber: Usrah Tarbiah Jiwa 

One Response

  1. Ikhwan November 21, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge