Luasnya Rahmat Allah

Assalamualaikum warahmatullah dan salam bahagia.

Jika dulu, bila sampai hujung minggu sahaja, aku pasti ‘blur’ dan tak tahu nak buat apa. Pastu, habiskan masa dengan tengok movie sahaja. Dari pagi sampai malam. Ruginya masa yang di sia-siakan dengan begitu sahaja.

Tapi walau bagaimana pun kita suatu ketika dahulu atau sekarang, masih belum terlambat untuk melakukan langkah yang baru kerana rahmat Allah sangatlah luas. Allah sangat suka kalau kita sentiasa ingin berusaha untuk baiki diri.

Rahmat Allah sangatlah luas.

Dulu, diri ini juga seperti kurang faham. Tetapi setelah mendengar ceramah-ceramah Ustaz Ebit Lew, sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepadaku. Terima Kasih banyak-banyak ustaz.

Dari dulu lagi diri ini sangat suka join program-program tanpa mengira program jenis apa. Memang sangat suka apatah lagi jika melibatkan kerohanian. Dari dulu juga diri ini sangat minat dalam bidang training dan memasang cita-cita untuk membuka consultant sendiri dan menjadi pakar motivasi.

Luasnya rahmat Allah

Tapi, kenyakinan dalam bercakap masih kurang dan masih ada rasa takut-takut. Tapi perasaan ‘nak’ itu sangat kuat sehinggalah aku memilih untuk membuat praktikal di syarikat-syarikat consultant dan ada membuat ceramah.

Dengan izin Allah, Alhamdulillah aku berjaya mendapat salah satu tempat praktikal yang membuat training dan juga ceramah. Hanya Allah sahaja yang satu betapa gembiranya hatiku. Setahun bersama syarikat ini, banyak pengalaman dan ilmu yang telah aku dapat.

Selepas setahun, aku bertukar kerja. Tempat kedua, hanya mampu bertahan seminggu sahaja. Tempat ketiga, masih bertahan sehingga hari ini.. hehe

Cuma aku sangat minat kepada training dan program-program. Setiap apa yang niat, kita nak, kita sebut, kita fikir, semuanya adalah doa.

Alhamdulillah, tidak ku sangka, aku di pelawa untuk join salah satu syarikat training secara part time. Allahhu. Besarnya rahmatmu Ya Allah! Ownernya sangatlah baik. MasyaAllah. Syarikat training tersebut pula ada melakukan training berkenaan NLP, tadabbur ayat al quran dan program parenting yang sememangnya aku inginkan sangat selama ini. Kalau program-program NLP di luar sana sangat mahal yurannya.

Tapi Allah izinkan, aku dapat ilmu ini secara percuma tetapi sangat-sangat berharga. Allah pasti akan berikan apa yang kita minta dan nak pada masa yang sesuai.

Jangan sedih. Jangan mengeluh. Jangan rasa tertekan. Sebaliknya yakinlah, setiap kejadian yang berlaku, ada rahmat Allah, ada hikmahnya.

Luasnya rahmat Allah

Letakkan sepenuhnya kenyakinan hanya kepada Allah.

Allah SWT berfirman:
“Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).” (QS. Al-Insyirah: Ayat 8)

Semoga terus bermanfaat ♡

2 Comments

  1. NURUL AZIYANA February 14, 2017
    • AlMiyaz February 15, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge