Kereta mengeluarkan percikan api!

Assalamualaikum warahmatullah dan salam jumaat.

Jangan lupa doakan saudara-saudara kita di Aleppo dan seluruh umat islam di seluruh dunia.

Ya Allah, saudara kami di Halab sedang dalam kesempitan, kesusahan dan dalam penguasaan pakatan zalim,

Ya Allah, kami mengharapakan agar Engkau senantiasa bersama mereka dan jadikan kami juga bersama mereka.

Amiiin Ya Rabbal A’lamin.

Minggu lepas, aku berpeluang untuk pulang ke kampung di Terengganu. Pada hari isnin, aku pergi melawat kakak ku di Kuala Ibai. Di sebabkan lewat bertolak, jadi aku dan adik sampai agak lewat di rumah kakak. Setelah selesai segala urusan bersama kakak, selepas maghrib, kami mula bertolak pulang.

Ya Allah, jauhi lah kami dari segala musibah

Gambar hiasan.

Dalam perjalanan pulang, kereta yang aku pandu tiba-tiba mengeluarkan api dan bunyi percikan api. Tanpa berlengah, aku terus berhentikan kereta dan menjerit menyuruh adik keluar dan lari sejauh yang boleh. Adik sempat mengambil barang-barang di dalam kereta dan aku sempat mencapai telefon bimbit.

Aku dan adik terus berlari jauh dari kereta. Kami hanya melihat percikan api keluar dari bonet hadapan kereta. Allahhuakbar! Segala rasa ada. Takut, berdebar dan sebagainya. Waktu itu aku hanya fikir takut akan kematian sahaja.

Allah takdirkan kejadian itu berlaku di tempat laluan orang ramai dan ada deretan kedai makan serta kedai runcit. Aku terus menefon kakak. Setelah beberapa minit, orang ramai mula berkerumun di keretaku.

Alhamdulillah syukur ada ‘pomen’/mekanik yang pandai melihat enjin kereta. Orang semakin ramai. Waktu itu rasa syukur sangat kepada Illahi. Allah hadirkan insan-insan yang baik hati ini membantu aku yang daif ini. Allah yang gerakkan hati-hati mereka untuk terus datang membantu.

Alhamdulillah, selepas di teliti segala masalah, kereta tersebut berjaya di baiki dan selamat untuk di bawa pulang. Jarak untuk aku pulang ke rumah masih berbaki 30 ke 40 kilometer. Waktu itu, tiada yang lain di hati dan fikiran melainkan Allah. Zikir, ayat-ayat al quran, istighfar tak berhenti.

Alhamdulillah, Allah masih berikan kami peluang untuk bertaubat kepadaNYA. Seandainya kereta tersebut meletup, aku tidak dapat bayangkan saat aku di alam kubur nanti. Takutnya ya Allah.

Allah baru uji dengan sedikit percikan api. Bagaimana pula dengan api di neraka nanti. Takutnya Ya Allah.

Sama-sama kita muhasabah diri. Semoga kita semua pergi meninggalkan dunia ini dalam keadaan husnul khotimah.

Leave a Reply

CommentLuv badge