Kerana Allah atau Manusia ??

Assalamualaikum warahmatullah..

Malam ini hatiku terdetik untuk mengarap satu perkongsian yang sebenarnya telah lama aku pendamkan. Perkongsian tentang suatu perkara yang kita sendiri sebagai manusia lupa akannya.

Sebelum aku pergi lebih jauh, aku ingin bertanya kepada kalian. Pernahkah kalian berbuat baik kepada orang lain ? bantu orang lain ? tolong sahabat-sahabat kalian.. Tolong guru di sekolah tetapi orang lain dapat nama dan kau rasa sedih ? tolong sahabat kau tapi sahabat kau tak hargai pertolongan kau dan kau rasa sedih malah rasa sia-sia membantunya sebab dia langsung tak hargai usaha dan pertolongan yang kau hulurkan malah tiada ucapan terima kasih pun yang diucapkan.. Pasti sangat sedih kan.

Penjamkan mata dan renungkan sebentar kerana mungkin diri kau pernah alami keadaan seperti ini.
Sekiranya ada, marilah kita muhasabah diri kembali.

Tanya balik pada HATI. 

Sebenarnya segala pertolongan yang aku berikan selama ini kerana siapa ?? 
kerana ALLAH atau kerana inginkan penghargaan daripada manuasia ??

Allahurabbi. Jika kerana manusia, betulkan  kembali niat itu.

Percayalah! Seandainya pertolongan dan kebaikan yang kau hulurkan dan kau niatkan kerana Allah, pasti kau tak akan rasa sedih atau kecewa kerana ..

Kerana

Kau buat kerana Allah. Allah tahu. Allah tahu. Allah tahu. Allah tahu setiap kebaikan yang kau lakukan. 
Jadi mengapa ingin menagih pujian dan penghargaan daripada manusia lagi ??
Sedangkan Allah ada.

Perjalanan hidup insan sebenarnya mewakili apa yang tersirat dalam jantung hati, atau niatnya. Perbuatan yang dilakukan dengan rela dan pilihan sendiri adalah tafsiran kepada niat, kefahaman dan tujuan hidup seseorang insan. Tidak lebih daripada itu. Bahkan apa yang dirancang, keinginan, harapan yang akhirnya menjelma dalam bentuk tindakan, berpunca dari niat.
Justeru dalam hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).
Sebenarnya panjang lain perbincangan tentang niat ini. Tetapi apa yang penting yang aku ingin sampaikan di sini ialah sekiranya ingin melakukan sesuatu kebaikan, terus perbetulkan niat supaya tidak tersasar jauh. 
Innama a’malu bin niat
“sesunggungnya amalan perbuatan itu bergantung kepada niat”
Semoga kita sama-sama dapat muhasabah diri kembali dan perbetulkan niat kembali.

MogaAllahredha.
TintaHati
|023042015|

Leave a Reply

CommentLuv badge