Kau mesti Sayangkan aku!”

“Kenapa buat saya macam ni?? Saya dah buat macam-macam supaya awak sayangkan saya. Tapi kenapa masih awak tolak saya. Awak nak saya buat apa lagi ??”

Kita semua manusia. Perlukan kasih sayang. Perlukan kebahagiaan. Bagi yang tidak merasai kasih sayang manusia, pasti inginkan kasih sayang itu. Kita, kalau boleh nak semua orang sayangkan kita, senang dengan kehadiran kita, suka dengan kehadiran kita.

Kita nak keluarga sayangkan kita,
Kita nak sahabat-sahabat sayangkan kita,
Kita nak guru-guru, pensyarah-pensyarah sayangkan kita,
Kita nak semua orang sayangkan kita,
Kita nak orang yang kita cintai turut cintakan kita sehingga kita sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan cintanya,
Kita buat semua yang dia nak, yang dia suka, yang dia suruh sehingga sanggup gadaikan maruah semata-mata nak dia sayangkan dan cintakan kita.

sehingga kita lupa bahawa

Kasih sayang itu sebenarnya datang daripada Allah.
Kita lupa bahawa Allah yang pegang hati manusia
Kita lupa hanya Allah yang mampu mengubah hati manusia
Kita lupa kasih sayang yang paling indah adalah kasih sayang daripada Allah.
Kita lupa cara dan senjata yang paling mujarab untuk mendapatkan kasih sayang itu adalah dengan DOA.

Kita terlalu nak apa yang kita nak sehingga kita lupa pada Allah.
Hati manusia tak boleh dipaksa apatah lagi apabila melibatkan hati dan perasaan. Semuanya hadir dari dalam diri manusia itu. BERDOALAH! Jika inginkan yang terbaik, berdoalah.

Allahurabbi.
Wahai hati-hati yang sedang leka dan lalai,

Sedarlah bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat meminta kasih sayang dan segalanya.

Daripada Abu Abbas, Abdillah bin Abbas r.a berkata: Saya pernah berada di bealakang Nabi SAW pada suatu hari, maka Baginda bersabda yang bermaksud, “Wahai anak, saya hendak mengajarimu beberapa kalimah: Jagalah Allah nescaya Allah menjagamu, jagalah Allah nescaya engkau mendapati-Nya bersamamu, jika engkau meminta, mintalah kepada Allah, jika engkau meminta tolong, mintalah tolong kepada Allah. Ketahuilah bahawasanya, jika umat manusia bersatu untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu. Telah diangkat kalam dan telah kering tinta (dakwat) lembaran-lembaran itu (tintanya).” 
(Hadis Riwayat Ahmad no. 2669, al-Tirmizi no.2516 dan al-Hakim no.6302)
*sekadar gambar hiasan

Penulis,
#akupendosa

Leave a Reply

CommentLuv badge