Jangan Sedih, Kita Ada Allah

Assalamualaikum warahmatullah dan salam bahagia.

Setiap hari kita di uji dengan pelbagai ujian. Setiap ujian yang diberikan berbeza mengikut kemampuan hambaNYA.

Ujian itu rahmat Allah

Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya..( Al-Baqarah: 286)

Barangsiapa yang Allah ingin berikan kebaikan kepada seseorang, Allah akan memberinya musibah.” (HR Ahmad dan Al Bukhari dari Abu Hurairah).

Apa pun yang yang berlaku di dalam kehidupan ini sebab Allah nak uji siapa kan di antara yang kita yang paling baik amalnya. Allah uji sebab Allah sayang. Allah nak kita dekat denganNYA.

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun (Al-Baqarah, ayat 2)

Kita pasti ada rasa takut, kecewa, panik dan segala rasa negatif yang sentiasa hadir dalam hidup kita. Ingatlah, apa sahaja yang terjadi sama ada baik atau buruk, itu semua ujian dari Allah sebab Allah sayang kita.

Ingatlah, bila kesusahan datang menimpa kita, yakinlah! ada rahmat Allah yang datang kepada kita. Apa sahaja yang terjadi dalam hidup kita kerana Allah sayang kita. Semua yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Tiada yang sia-sia.

Ujian Allah itu sangat Indah

Ada orang ada anak ramai, dalam ramai-ramai anaknya, ada yang sangat degil. Tetapi siapa sangka, anak yang degil itulah yang jaga ibu bapanya di saaat ibu bapanya telah tua dan tidak berdaya.

Ada orang, jodoh tak sampai-sampai. Tetapi hakikat yang sebenarnya, mungkin Allah nak berikan jodoh yang terbaik buat dirinya.

Siapa tahu apa yang Allah simpan untuk hidup kita..Semua yang berlaku di dalam hidup ini adalah di dalam pengetahuan dan ketentuanNYA.

Tugas kita, kita teruskan berusaha, bersangka baik dan terus berdoa dalam hidup ini. Apa sahaja yang berlaku dalam hidup ini, sentiasalah bersangka baik kepadaNYA.

Bahagia itu bukan bila jadi kaya atau dapat apa yang kita nak, kahwin dengan orang yang kita suka, dapat anak yang kita nak, tetapi bahagia bermula daripada hidup kita. Daripada kita miskin, susah atau apa jua keadaan hidup kita, tetapi di dalam hati kita tetap bersangka baik pada Allah.  Di dalam hati kita tetap yakin dengan Allah. Di dalam hati kita tetap ada Allah setiap saat.

Ingatlah, apa sahaja yang terjadi kerana Allah sayang. Ada rahmat Allah yang nak datang. Sentiasalah bersangka baik denganNYA. Doa dan Yakinlah!

Semoga terus bermanfaat ♡

2 Comments

  1. raihanah January 24, 2017
    • AlMiyaz January 24, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge