Jangan Buat 3 Perkara Ini Jika Inginkan Tubuh Badan Yang Ideal

Kita semua pasti inginkan bentuk tubuh badan yang ideal tidak kira lelaki ataupun wanita. Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan, pasti akan timbul rasa cemburu melihat mereka yang mempunyai bentuk badan yang cantik dan menawan.

Semua orang berpontesi untuk naik berat badan atau menjadi gemuk dan semua juga berpontesi untuk memiliki tubuh badan yang sihat dan ideal.

Jika inginkan tubuh badan yang ideal dan sihat, JANGAN lakukan tiga perkara ini.

  1. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.

Jangan buat 3 perkara ini jika inginkan tubuh badan yang ideal

Anda harus bijak mengawal kuantiti makanan anda. Jangan makan terlalu banyak nasi, makanan yang berminyak dalam masa yang sama. Ambil banyak makanan tetapi sayur hijau langsung tiada. Ini salah. Jangan amalkan. Pastikan pemakanan anda seimbang supaya berat badan anda tidak naik secara mendadak.

  1. Jangan tidur selepas makan.

Jangan buat 3 perkara ini jika inginkan tubuh badan yang ideal

Salah satu tabiat yang perlu di buang jika ingin kan badan yang ideal. Selepas makan, jangan terus tidur atau baring. Ini akan melambatkan proses penghadaman. Apa sahaja makanan yang kita makan, haruslah di hadam terlebih dahulu dalam tubuh badan. Tidur selepas makan juga boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan mudah terkena penyakit.

  1. Jangan makan lewat malam.

Jangan buat 3 perkara ini jika inginkan tubuh badan yang ideal

Kita sememangnya suka kan makanan fast food seperti burger, KFC, MacDonalds dan banyak lagi. Boleh jika ingin makan, tetapi kurangkan pengambilannya dan makan pada waktu siang bukan pada lewat malam. Begitu juga dengan nasi dan makanan yang lain.

Makan pada lewat malam akan menghalang penghapusan toksin yang terhasil semasa proses pencernaan. Apabila tidur, sistem penghadaman akan menjadi lambat dan nutrien dalam makanan tidak dapat diserap sepenuhnya. Ini adalah penyebab utama berat badan naik secara mendadak.

Semoga terus bermanfaat ♡

 

Leave a Reply

CommentLuv badge