Everly Hotel, menjadi tumpuan!

Assalamualaikum warahmatullah. Semoga kita semua akan terus berada dalam rahmat dan kasih sayangNYA.

Hari ini, penulis ingin kongsikan pengalaman menginap di Everly Hotel, Putrajaya. Sempena konvokesyen UKM kali ke-44, penulis bersama keluarga turut serta dalam meraikan kejayaan adik penulis yang telah berjaya menamatkan pengajian di UKM selama 3 tahun.

Memang best

Sewaktu penulis serta keluarga sampai di Everly Hotel, penulis melihat ramai juga ahli keluarga lain yang turut sama meraikan kejayaan anak-anak mereka. Ha! Nampaknya, Everly Hotel ini memang menjadi tumpuan orang ramai ya.

bilik-tidur-everly-hotel

Kami menginap selama 3 hari 2 malam di sini. Alhamdulillah bilik yang di sediakan memang memuaskan hati. Begitu juga dengan servis yang di sediakan. Everly Hotel ini berdekatan dengan Alamanda, dan beberapa mall lagi yang berdekatan dengan hotel ini.

ammar

Jantung hatiku!

Jadi, usah bimbang jika anda ingin mencari tempat untuk shopping, makan atau menonton wayang di sekitar kawasan ini.

kolam-renang-everly-hotel

Di Everly Hotel juga, disediakan kolam renang betul-betul berhadapan dengan tasik. Memang cantik permandangannya.

Kepada anda yang ingin mencari hotel sekitar Bangi atau Putrajaya dengan bajet yang rendah, saya suggestkan Everly Hotel, Putrajaya ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge