Cara Pantas Ubati Tangan Bila Terkena Air Panas

Assalamualaikum warahmatullah dan salam bahagia.

Sebelum ini saya ada ceritakan tentang tangan saya yang terkena air panas dan sembuh dengan cepat sekali. Boleh baca artikel saya yang sebelum ini jika belum tahu. Tiada ujian hidup yang sia-sia!

Tangan sebelah kiri saya terkena air panas yang baru sahaja menggelegak. Pasti kalian boleh bayangkan macam mana rasanya. Pedih sangat! Kalau tersentuh sedikit sahaja dah sakit, ini kan pula kena banyak.

Waktu itu, saya nak masukkan air yang baru masak ke dalam botol. Tetapi air tersebut tertumpah atas tangan saya. Tetapi dengan kuasa Allah, tangan saya tiada apa-apa. Jika ikut logik, sepatutnya tangan saya dah bengkak, berkelembung dan merah. Mungkin akan ambil masa seminggu ke dua minggu untuk sembuh sebab air yang memang panas dan kena banyak. Bukan sedikit.

Ini lah EMPAT perkara yang saya lakukan dengan pantas apabila terkena air panas.

1.Waktu terkena tue, saya terus basuh tangan saya dengan air sejuk. Sepatutnya kena letak kicap terlebih dahulu. Tetapi di sebabkan saya panik, saya terus basuh tangan saya di air paip.

Cara pantas ubati tangan bila terkena air panas

2. Setelah basuh, saya cepat-cepat letakkan kicap dan sapu. Memang akan pedih tetapi kena tahan. LETAK dan SAPU bagi rata supaya tangan tak akan menggelembung.

Cara pantas ubati tangan bila terkena air panas

3. Selepas letak kicap, saya basuh kembali tangan saya dan letakkan ubat gigi. Waktu itu, saya gunakan ubat gigi Mu’min. Saya letak beberapa kali. Memang akan rasa pedih. Tangan akan semakin bengkak dan merah seperti udang rebus. Tahan dan teruskan sapu ubat gigi. Selepas beberapa kali saya letak ubat gigi, saya basuh kembali tangan saya. Selawat banyak-banyak dan doa kepada Allah, minta Allah sembuhkan.

Cara pantas ubati tangan bila terkena air panas

4. Lepas tue, saya letakkan losyen. Waktu itu, saya gunakan losyen vaseline. Sapu non stop. Memang akan rasa pedih. Tapi teruskan letak dan sapu pada tangan yang terkena itu. Saya letak sehingga saya tertidur. Sambil sapu, sambil berselawat dan berdoa kepadaNYA.

Cara pantas ubati tangan bila terkena air panas

SubhanaAllah, dengan kuasa Allah, seperti berlaku keajaiban. Bila saya bangun keesokkan harinya, tangan saya seperti tidak pernah terkena air panas. Tak ada lagi merah-merah, pedih ataupun parut. Bersih sahaja. Syukur kepada Allah. Sampai sekarang saya masih rasa macam tak percaya, tetapi inilah kuasa dari Allah. Allahhuakbar!

p/s: Saya hanya kongsikan cara ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Berkesan atau tidak, semuanya kuasa Allah SWT. Kita hanya berusaha dan berikhtiar sahaja. Selebihnya, doa banyak-banyak dan berserah kepada Allah. Hanya Allah sahaja yang boleh menyembuhkan.

Semoga terus bermanfaat ♡

 

Leave a Reply

CommentLuv badge