Cara nak Hilangkan Marah

Assalamualaikum warahmatullah. 

Alhamdulillah. Syukur kerana hari ini jari jemari ini masih gagah menaip demi semua. 
Ku gagahkan juga walau tangan ini masih terketar-ketar menahan sakit. 

===============================
Okay. Berbalik kepada topik asal kita. ^^

Semua orang punya amarah masing-masing. Apa yang membezakannya adalah tahap kesabaraan. 
Macam mana nak hilangkan rasa MARAH ??

Rasa nak marah sampai rasa nak tumbuk, nak tampar orang tue ?
Tahan marah sampai menangis ?
Rasa nak marah sampai nak bunuh orang tue ?
Tahan marah sampai menggeletar badan ?

Apa korang buat bila rasa semua ni ? Korang teruskan niat dan ikut emosi yang korang rasa itu  ?

nasihatku, JANGAN………. pasti kau akan menyesal nanti!
Sebab masa tue syaitan tengah menguasai diri..

===============================

Cara nak Hilangkan Marah ?

Senang jer Sebenarnya 🙂

1. Ingat ALLAH. 
Betul ni. Ingat ALLAH. Semua yang berlaku pun sebab Allah izinkan kan..

2. ISTIGHFAR
Istighfar banyak-banyak. Kalau orang tue ada di depan kita, cuba duduk, ingat Allah dan istighfar..

3. TARIK NAFAS
Bila nak marah, cuba tarik nafas dan fikir sejenak. Apa yang aku dapat lepas aku marah dia ?

4. AMBIK WUDUK
Ambilllah, nescaya akan hilang kemarahan kamu itu 🙂

5. DOA
Doa adalah senjata bagi orang Islam. Doalah sungguh-sungguh, Doa supaya Allah hilangkan sifat panas baran. Doa supaya Allah kuatkan lagi kesabaran dalam diri. Di sini, saya sertakan dengan doanya sekali ya. Sama-sama kita amalkan ya. 

====================================

Aku nak sampaikan satu cerita seorang sahabat yang menahan kemarahan. Sungguh. aku kagum dengan sahabatku ini. 

“Ayah sahabatku ini telah dimasukkan ke hospital kerana asma, namun, apabila diberikan ubat, sakitnya semakin semakin teruk sehingga menyebabkan jangkitan kuman dalam paru-paru. 

“Apabila di periksa, rupa-rupaya jururawat tersalah bagi ubat sehingga menyebabkan sakit ayahnya bertambah parah”

aku yang mendengar mendidih rasanya nak marahkan nurse itu. Aku pun bertanya kepada sahabat.
“Kau tak marah ke pada nurse itu?”

Sahabat menjawab.

“Eh. mestilah. aku rasa macam nak tumbuk-tumbuk dan tampar-tampar jer nurse itu. Tapi aku fikir balik, Apa yang aku dapat kalau aku marah ? Sedangkan semuanya dah terjadi. Semua ini berlaku pun atas izin Allah. Allah dah tetapkan. Selepas aku fikir dan ingat Allah kembali, semua rasa marah itu hilang dan sebaliknya timbul rasa redha dalam hati aku. Apa yang aku buat, aku cuma nasihatkan dia supaya lebih berhati-hati supaya aku tak nak apa yang dah berlaku kepada ayahku berlaku pula pada insan lain”

Aku tersenyum mendengar jawapan sahabatku 🙂

Semoga Allah merahmatimu selalu sahabat. Semoga ayahmu terus sihat seperti biasa. 

=========================================

Seperti yang aku beritahu sebelum ini, jika kamu ingat pada Allah, pasti hati akan tenang. 

Senang jer kan nak hilangkan marah ni sebenarnya .. 🙂


Cuba Try Buat dahulu. In Sha Allah, jika dah terbiasa kita amalkan, pasti kita tak akan mudah marah lagi selepas ini 🙂

TintaHati|06:10pm

2 Comments

  1. Ikhwan Fahmi January 20, 2015
  2. Tinta Hati January 21, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge