Buku Fizikal VS Ebook: Mana pilihan anda?

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.

mana satu pilihan anda ?

Ebook atau Buku fizikal? Mana pilihan anda? Pada era teknologi yang kian pesat membangun ini, ebook antara aplikasi yang semakin mendapat tempat dalam hati pengguna.

Namun, adakah dengan kemunculan ebook ini, industri penerbitan buku akan semakin ketinggalan jauh di belakang? Adakah buku fikizal sudah tidak relevan lagi? Adakah dunia sudah tidak memerlukan buku fizikal lagi?

Pendapat penulis sendiri, ebook atau buku fizikal, kedua-duanya akan sentiasa relevan dan masih akan digunakan walaupun teknologi semakin pesat membangun.

ebook

Semuanya bergantung kepada minat dan keperluan masing-masing. Ada yang memang suka membaca buku fizikal kerana buku fizikal ini mempunyai nilai sentimental yang lebih tinggi kerana dapat di pegang dan dilihat fizikalnya.

Ada yang lebih suka membaca ebook kerana mudah di bawa kemana-mana. Hanya menggunakan telefon sahaja, anda sudah boleh muat turun ebook dan baca di mana sahaja. Harga nya juga lebih murah.

buku

Jika, penulis sendiri, penulis lebih suka kan buku fizikal. Anda pula bagaimana ?

Di sini, penulis senaraikan perbezaan bagi buku fizikal dan ebook ini.

Buku Fizikal Ebook
Dalam bentuk fizikal (boleh dipegang dan dirasai) Dalam bentuk maya( perisian/software)
Perlu dijaga dan di simpan di tempat yang sesuai Boleh disimpan di mana-mana(contoh pendrive, computer, 4shared, box.net)
Tidak memerlukan peranti untuk dibaca Memerlukan peranti seperti kindle, ipad untuk dibaca(ebook reader)
Perlu beli di kedai atau secara online. Semakinmudah. Beli sahaja di A.M Book Store (perlu tunggu buku sampai sahaja) Boleh di muat turun secara percuma atau membeli menerusi online(cepat sampai)
Mempunyai nilai sentimental yang tinggi Nilai sentimental yang rendah

Kedua-dua produk ini sangat bermanfaat jika di gunakan sebaik mungkin malah dapat menyebarkan kebaikan kepada orang ramai pula.

Leave a Reply

CommentLuv badge