Bila cepat rasa down ?

Awak,

Pernah tak dalam hidup, awak rasa macam ‘down’ sangat ?

Allah selalu ada.

Please! Dont give up!

Pernah tak awak rasa seperti dah berputus asa dengan hidup ini ?

Pernah tak awak rasa sangat-sangat serabut dan tertekan dengan masalah yang melanda dan ujian yang datang bertimpa-timpa ?

Awak rasa tak ada orang pun yang faham awak ? Awak rasa nak lari jauh-jauh dari semua orang ?

Pernah tak awak rasa macam diri sendiri tak berguna ? segala rasa negatif hadir dalam diri ?

Awak pernah rasa begini ? Jangan risau. Hampir semua orang pernah rasa semua ini.

Tetapi bagaimana kita semua respon untuk setiap ‘rasa’  yang hadir itu ?

Lari dari masalah ? memberontak ? menangis sepanjang hari meratapi nasib diri ? Adakah itu akan menyelesaikan masalah ?

Kita hidup sebagai orang islam. Kita ada Allah yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui segala yang tersirat dalam hati kita.

Suatu ketika dulu, saya juga pernah melalui semua ‘rasa’ ini. Jika diri ini terus give up, saya pasti tidak dapat menulis seperti hari ini.

Berdoalah!

Yakinlah! Allah selalu bersamamu.

Saat rasa sedih, down dengan segala masalah yang datang, pertama kali, carilah Allah. Jangan cari manusia dulu. Jika rasa terlalu sedih, nak menangis, nak luahkan semua yang terbuku di hati, terus ambil wuduk dan solat. Saat itu, berdoa dan mengadulah semua kepada Allah. Luahkan semuanya kepadaNYA. Menangislah sepuas hati awak.

Allah suka kalau kita mengadu kat DIA. Manusia belum tentu akan suka. Belum tentu akan faham. Manusia boleh mendengar namun untuk memahami dan meletakkan rasa empati, sangat susah.

Hanya Allah yang Maha Memahami.

Bila dan mengadu, nangis pada Allah semua, ambilah al quran. Baca lah. Baca lah mana-mana ayat yang awak boleh baca jika tidak tahu nak baca sangat.

Percayalah! saat itu, awak akan rasa satu ketenangan dalam diri. Bila awak dah rasa tenang, awak fikir balik, cuba positifkan diri. Yakinlah setiapa perkara yang berlaku pasti akan ada hikmahnya.

“Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan Aku bersama mereka ketika mereka mengingati-Ku.” (Riwayat Muslim).

“Tidaklah seorang mukmin ditimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapuskan sebahagian dari dosa-dosanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Allah berikan ujian kepada kita semua sebab Allah sayangkan kita. Yakinlah!

“ Ah! Kau senang lah cakap! Kau tak rasa apa yang aku rasa ”. Kerap kali juga ‘rasa’ ini pasti akan hadir dalam bisikan hati kan ?  “Ya. Saya mungkin tak rasa apa yang awak rasa, tapi awak harus tahu, semua manusia di dunia ini, ujian yang di berikan semuanya berbeza-beza. Allah nak uji kita semua.

Surah Al Mulk

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) – Al Mulk (ayat 2)

Awak, teruslah kuat. Selalu ingat Allah selalu ada bersamamu! Jangan mudah mengalah!

Moga diri awak terus tabah! Saya doakan.

Bersambung..

2 Comments

  1. Eizil October 17, 2016
    • AlMiyaz November 25, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge