Apa persediaan kita untuk ke akhirat?

Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Jumaat.

Doa

Doa ketika hujan turun.

Jumaat hari ini, hujan rahmat membasahi bumi. Sayunya hati bila mengenangkan saudara-saudara islam yang di seksa di seluruh dunia. Syurga sedang menanti kalian.

syria

Bagaimana pula kita? Pernah kah hati kita sayu mengenangkan dosa diri sendiri? Sampai bila nak bergelumang dalam dosa yang sama setiap hari?

Dunia semakin sampai ke penghujung nya. Kiamat semakin hampir. Apa persediaan kita untuk di bawa ke akhirat nanti ?

Apa amalan yang akan kita bawa? Sedikit atau banyak atau langsung tiada? Allahhuakbar!

solat

Solat kita bagaimana? Adakah masih di tahap yang sama? Pernah kah kita ambil peduli tentang kualiti solat kita sebagaimana kita sentiasa ingin meningkatkan kualiti hidup dan kerja kita?

Al Quran kita bagaimana? Adakah debu-debu makin menebal menutupi nya kerana sudah bertahun tidak di jeling apatah lagi di sentuh ? Jika di baca setiap hari, Alhamdulillah. Tetapi, pernah tak hati kita tergerak untuk baiki mutu bacaan kita ? tajwid kita ? entah betul atau tidak atau sudah jauh terpesong. Baca sekadar baca. Allahhuakbar!

al quran

Sedekah jariah kita bagaimana? Adakah kita masih menjadi insan yang suka meminta-minta dan langsung tidak memberi? Jika selalu memberi, adakah disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah atau hanya ingin mendapat nama. Allahhuakbar!

Sedekah

Ibu bapa kita bagaimana? Adakah mereka masih menunggu kepulangan kita? Sudah berapa lama tidak mendengar suara mereka tetapi setiap hari kita bergelak ketawa bersama rakan-rakan. Allahhuakbar!

ibuu

Ilmu kita bagaimana? Adakah masih semakin berkurang dek hanya sibuk dengan COC atau makin bertambah ? Jika sentiasa bertambah, ke mana ilmu itu di curahkan? Adakah sekadar bacaan? Tiada amalan? Tiada penyampaian. Hanya untuk simpanan? Allahhuakbar!

Pakaian kita bagaimana? Adakah masih belum menjumpai pakaian yang labuh dan longgar untuk menutupi bahagian yang terdedah atau sudah menutupi dengan sempurna tetapi hanya untuk menutupi maksiat? Allahhuakbar!

masjid

Masjid kita bagaimana? Adakah hanya sekadar tempat untuk melancong atau sememangnya tempat yang ingin di tuju setiap hari? Jika dituju setiap hari, adakah hanya sebagai tempat persinggahan solat atau digunakan sebaik mungkin untuk menadah ilmu dan bermunajat kepadaNYA? Allahhuakbar!

Hubungan kita sesama insan bagaimana? Adakah bersahabat hanya kerana kepentingan diri atau sama-sama bersahabat kerana Allah? Allahhuakbar!

Sahabat

Bagaimana diri kita saat di berikan ujian olehNYA. Adakah terus meratapi nasib diri sendiri dan sedih yang berpanjangan? Allahhuakbar!

Ujian

Sama-sama muhasabah diri.

Moga bermanfaat buat semua.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..” (QS. Al-Baqarah: Ayat 286)

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..” (QS. Ar-Ra’d: Ayat 11)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.”
(QS. At-Tahrim: Ayat 8)

A.M Book Store 

Leave a Reply

CommentLuv badge