Akhirnya, Aku merasainya sendiri!

Bismillahhirahmanirahhim.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah! Syukur Alhamdulillah hanya kepada Allah di atas segala nikmat kurniaanNYA. Hari ini hati ini terdetik untuk mengarap satu kisah tentang DOA.

Dulu, aku selalu baca tentang orang cakap The Power of Doa. Tetapi aku tidaklah terlalu excited untuk tahu kerana aku tahu itu semua kerja Allah. Tugas kita sebagai hamba memang perlu doa dan doa.


Aku juga ada mendengar kata-kata ini “ Setiap apa yang kita rasa, lihat, lakukan dan ungkapkan adalah satu doa”. Bagi aku ketika itu, betul ke ?? Kenyakinan itu tidak terlalu tinggi kerana bagi aku doa adalah ketika selepas solat dan ketika kita menadah tangan dan berdoa.

Namun!

Ternyata aku SILAP sama sekali.

BETUL!!!

Apa yang kita rasakan, lihat, lakukan dan ungkapkan merupakan satu doa yang akan dimakbulkan oleh Allah. Sama ada perkara tersebut berlaku dalam sekelip mata ataupun lambat terjadi. Namun, semua perkara tersebut berlaku.
Sekarang.

Cuba kamu cuba pejamkan mata dan tarikkan nafas secara perlahan-lahan dan fikirkan apa yang pernah kamu rasa, fikirkan, lihat dan ungkapkan dalam hidup kamu selama ini terjadi ??

Cuba Fikirkan.

Adakan kan ??

Itulah The POWER of DU’A.

Sebagaimana hadits abu hurairah r.a. ia berkata rasulullah saw.bersabda: “Allah berfirman: ‘Aku berada pada sangkaan hamba-Ku… “
Okay. Faham dop ? 🙂

Aku akan ceritakan satu kisah yang berlaku dalam hidupku sendiri.

Salah satu impian dan cita-cita ku adalah untuk menghadiri salah satu seminar yang memang menjadi satu fenomena luar biasa di Malaysia ini. Aku telah menanam cita-cita itu sejak tahun 2008 lagi dan akhirnya tahun 2015 aku berjaya hadir. Walaupun mengambil masa yang sangat lama, tetapi akhirnya aku berjaya juga kerana itu yang selalu aku “set” kan dalam minda aku. “Aku mesti hadir ke seminar tersebut nanti”.
Apa yang kita set kan itulah yang menjadi satu doa sebab kita minta dengan Allah.

Ok.

Apa yang kita lihat.

Setiap orang mengimpikan sebuah atau lebih kereta idaman atau kereta yang ingin di milikinya. Kalau korang perasan, bila korang dah fikir dan rasa nak lihat sebuah kereta yang korang nak dan korang cakap dalam hati “aku mesti dapatkan kereta ini juga nanti” Memang korang akan selalu nampak kereta yang korang nak itu.
Sebab?

Korang dah setkan dalam minda korang. Itu adalah DOA.

Tapi.

Ingat!

Allah suruh kita usaha dahulu. Selepas itu tawakal kepadaNYA.
Bukan main rasa, lihat, fikir sahaja ya!

Cuba, perkara utama yang aku nak sampaikan adalah, berhati-hatilah dalam setiap apa yang kita lakukan.

Setiap apa yang fikirkan
Setiap apa yang kita rasakan
Setiap apa yang kita lihat
Setiap tingkahlaku yang kita lakukan,

Kerana,

Semua itu merupakan satu DOA

Jaga

Fikiran,
Hati,
Tingkahlaku,

Semoga ALLAH selalu jaga kita semua selalu. 🙂

Always be POSITIF! 


TintaHati |017:14|

Leave a Reply

CommentLuv badge