Ajaibnya bersedekah

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ini, saya berminat untuk berkongsi dengan kalian semua, tentang bagaimana untuk murah rezeki dengan cara yang paling mudah.

Nak cepat kaya

Saya sangat yakin semua orang pasti inginkan kehidupan yang sentiasa dimurahkan rezeki terutama dari segi kewangan. Betul kan ? kerana saya juga tidak terkecuali.

Pada zaman serba mencabar ini, semua orang sangat memerlukan wang. Seolah-olah jika tiada duit, tidak boleh hidup di dunia ini kerana semua perkara memerlukan duit.

Namun, mencari rezeki berbentuk wang bukanlah mudah sehingga ada yang terpaksa bekerja tanpa henti, membuat dua tiga kerja dalam sehari semata-mata ingin mencari wang.

Ada orang cakap wang tidak boleh membeli kebahagiaan. Tapi, pendapat saya, wang boleh ‘membeli’ kebahagiaan jika di gunakan dengan cara yang betul.

Saya ingin menjadi kaya sebab saya nak ubah nasib keluarga saya, bawa mak ayah pergi mekah dan bantu ramai orang dalam kesusahan.

Eh. Panjang pula introduction. Hehe

Okay, berbalik pada cara mudah nak nak murah rezeki. Semua nak tahu ya ?

Ok. Sabar. Sabar juga salah satu untuk murah rezeki tau. Hehe

Siapa nak hidupnya murah rezeki + rezeki datang dengan cepat ?

TIPS nya ialah :

  1. Usaha
  2. Doa
  3. Tawakal
  4. Bersedekah

Pasti semua dah dengar selalu kan Tips yang saya berikan ini. Kat sini saya nak highlight tentang sedekah. Mungkin pada sesetengah orang, sedekah adalah perkara biasa. Tetapi, sebenarnya, sedekah ini lah perkara yang luar biasa. 1 kita bagi, 10 kita akan dapat.

Bestnya bersedekah

Jika sedekah ini perkara biasa, takkan ada orang yang telah meninggal dunia, minta di kembalikan hanya untuk bersedekah ?

Manfaatnya bukan hanya di dunia tetapi hingga ke akhirat kelak.

Sedekah tidak semestinya dengan wang, boleh bersedekah dengan memberikan hadiah, belanja makan dan banyak kali. Tetapi dalam bersedekah, perkara yang perlu di utamakan adalah keluarga serta saudara mara dahulu yang dalam kesusahan.

Sangat mudah bersedekah sebenarnya. Ada orang datang bertanya kepada saya “ bagaimana cara yang mudah nak bersedekah ? sebab saya takut bila saya banyak keluarkan duit saya, duit saya akan cepat habis sedangkan banyak lagi keperluan yang saya nak beli ?”

Awak, kita ni manusia yang penuh dengan keinginan. Pasti akan ada sahaja yang kita nak beli.

Mudah sahaja.

  1. Kena ikhlaskan hati
  2. Yakin dengan Allah. Allah telah janji ganjaran bersedekah ini berlipat kali ganda.
  3. Buat sahaja. Lama kelamaan akan terbiasa.

Ada seorang sahabat ini, dia latih dirinya bersedekah. Suatu hari, beliau telah singgah untuk solat di masjid. Selesai solat, ketika ingin pulang, beliau terpandang tabung masjid. Niat ingin menderma. Namun di dalam poketnya hanya ada sekeping duit RM50.

Beliau berbelah bahagia. Kalau sedekah, tinggal rm10 sahaja dalam keretanya. Beliau terus mengorak langkah keluar dari masjid. Tetapi sampai di pintu masjid, beliau berpatah kembali dan terus masukkan duit RM50 itu ke dalam tabung masjid.

Semasa berjalan kaki ke keretanya, tiba-tiba beliau mendapat panggilan telefon, ada customer ingin memborong produk yang di jualnya.

Jom bersedekah

Niatkan lah bersedekah/menderma dengan betul. Bukan ingin mendapatkan duit yang banyak tetapi niatlah untuk membantu insan-insan yang memerlukan. Niat lah kerana Allah. Lebih berkati dan lebih bertambah murah rezeki itu.

Moga perkongsian yang ringkas ini dapat memberikan manfaat buat kalian.

Moga Allah redha,

AlMiyaz.

Leave a Reply

CommentLuv badge